PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Friday

JODOH BUKAN KETENTUAN MANUSIA

jodoh saya masih ada
Gambar perkhawinan sahabat saya di meru klang selangor tiada kaitan dgn artikel dibawah ini.
sekadar hiasan

m


BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.

“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.

Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.

Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.

“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.

“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.

“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.

“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga. - Hmetro

Note: Baru 72 tok muda lagi. Beza dengan isteri baru tu pun baru je 13 tahun. Taib mahmud 74 dapat anak dara ratu cantik lubnan umur 28 tahun. Kah..kah..kah..kah..

Note: Nak tanya sikit... Anak pompuan yg umur 24 tahun nama norita tu dah kawin ke belum tok? He..he..he..he..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

No comments:

Post a Comment