Entri dibawah diambil dari blog penyokong UMNGOK.(Kalau dia tak padam lagi la..)
PANAS : SYURGA DIBAWAH TAPAK NIK AZIZ!!!
Dalam banyak-banyak makhluk tuhan, inilah manusia yang paling gagal dijadikan Allah...mancari jalan pintas untuk masuk syurga. Aapa dia ingat dengan berjumpa dengan Nik Aziz dan tolong Nik Aziz bekempen dalam pilihan raya dapat tiket masuk syurga. Ingatkan dah jumpa turning point.....rupa-rupanya salah jumpa simpang rupanya...
"Saya bukan nak berpolitik dan saya bukannya pandai dalam politik pun.." kepala hotak lu la...cakap pandai...habis tu datang pilihanraya ni bagi ceramah sana-sini mengumpat, mengata bukan politik lagi...berapa banyak agak bayaran kepada Bob Lokman kepada untuk berceramah...
Rasa pelik juga tengok tiba-tiba Bob Lokman bertongkat, sejak bila pula dia bertongkat, adakah selepas berguru dengan Nik Aziz baru Bob Lokman bertongkat?? Agak-agaknya kalau tiru Nik Aziz pakai tongkat ni dapat pahala dan masuk syurga kot.
Sudah-sudah la tu...dulu dapat saham pasal melalaikan dan melekakan orang, sekarang ni nak cari saham tipu orang pula..Kalau rasa diri tu dah banyak menyimpang, jangan la pula nak tarik orang lain join sama...bawak-bawak la sedar bahawa politik tu bukan Islam. Perjuangan PAS sekarang ni pun bukannya nak menubuhkan negara Islam.
Dulu Isabella sekarang sejak-sejak jumpa Tok Guru isapBESTla...sudah tukar kaa...kalaulah betul-betul Bob Lokman ni insaf dan nak berjuang kerana Allah..haramkan semua lagu diciptanya dari dinyanyikan oleh artis, di karaoke dan diputarkan di corong-corong radio kerana ini akan menyebabkan orang lalai dan la'gho apabila mendengarnya...haram makan duit royalti tu...TAKEBEER!!! - Dari blogger UMNGOK
BLOGGER UMNO TAK MENGAJI ATAU MEMANG SUKA MENGEJI?
Bertongkat adalah sunnah Rasulullah s.a.w.
Kata Ibnu 'Abbas r.a. :
Bermula bertongkat itu drp perangai Anbiyaa` (Nabi-nabi) dan adalah Nabi saw bertongkat ia dan menyuruh ia dgn dia. [Maksudnya : Disamping Baginda saw sendiri bertongkat, beliau saw pun menyuruh orang lain supaya mamakai tongkat.]
Sabda Rasulullah s.a.w..
"Sesiapa yg menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya dia telah menyintai akan daku,dan sesiapa yg menyintai akan daku adalah ia bersamaku di syurga,"
Note: Tak tahu nak kata macam mana. Mungkin boleh dikatakan kurang ajar atau ulama umno memang tak pernah ajar penyokong umno ni. Inilah muka-muka manusia yang sering menjauhkan diri dari islam. Bila orang mengikut sunnah dicercanya macam-macam. Tanpa mahu sedar akan kebodohan diri sendiri. Yang mereka terlupa adalah mereka sedang menghina sunnah Rasulullah s.a.w. Entah bernabikan apa la agaknya penyokong umno ni sehingga sebegini berani dia menghina sunnah Rasulullah s.a.w.
Note: Tengok ayat budak umno ni... "Agak-agaknya kalau tiru Nik Aziz pakai tongkat ni dapat pahala dan masuk syurga kot". Kah..kah..kah.. Oooo pakai tongkat tu tiru nik aziz rupanya... Kah..kah..kah..kah.. Apa nak dikata.. Pemimpin umno pun bukan mengaji agama.. inikan pula penyokongnya... Kalau pakai tongkat tiru nik aziz, tak pakai pakai tudung tu kira tiru rosmah la kan.. Tak ajar bini tutup aurat tu kira tiru najib la kan.. Agak-agaknya masuk syurga jugak ke... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
No comments:
Post a Comment