PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Friday

hukum hudud

Oleh Tempe Goreng

Malaysia didakwa sebagai sebuag negara Islam oleh UMNO dan BN.
Tapi DAP kata negara ini negara sekular dan demokrasi.
PAS kata mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dengan melaksanakan perundangan Islam Hudud yang diaplikasikan dalam sistem perundangan negara Malaysia.
PKR kata Malaysia perlu mendapat harapan baru demi keadilan dan kesamarataan hak-hak kaum yang majmuk.

Mari kita lihat asas perlembagaan negara Malaysia iaitu prinsip pertama kepercayaan kepada tuhan iaitu asas kepada kehidupan beragama. Lantas agama sebagai satu cara hidup, satu cara melindungi dan membatasi diri manusia dari melakukan perkara-perkara yang tidak boleh atau haram dilakukan oleh penganutnya. Tapi sekular itu apa?
Sekular tidak boleh dicampur atau digabungkan dengan agama mahupun agama Islam itu sendiri. Lihatlah kepada sistem perundangan negara kita ini. Sistem perundangan yang diguna pakai masih lagi undang-undang lama penjajah British lagi. Ia masih lagi belum ditukar atau dibuat penambahbaikan atau menukar kepada sistem yang lebih sesuai dan adil dengan Malaysia. Kesimpulannya, Malaysia sendiri tidak amalkan perundangan Islam sementelah dalam amalan perundangan negara kita Mahkamah Syariah dan Mahkamah Civil sentiasa berbeza amalan dan pengadilan hak yang tidak begitu betul mengadili.

Mari kita lihat pula sosial masyarakat Malaysia sewaktu ini. Lihat diluar sana apabila kita pergi bersantai terutamanya hujung minggu, malam minggu, di pasaraya-pasaraya, cafe-cafe dan sebagainya kehidupan beragama bukan lagi menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat Malaysia. Budaya melampau dalam berhibur, asyik dan khayal dengan muzik, sukakan harta dunia yang sementara, membazir dengan membeli belah, berbelanja dengan boros, berbelanja dengan sombong dan amalan mazmumah yang begitu banyak diamalkan secara tidak berpandukan sebetulnya dengan agama. Pendek kata mereka ini sudah menuju kepada budaya hedonisme yang meluas dan sering meninggalkan amalan agama yang wajib dibuat. Orang Islam akan meruntuhkan agamanya jika tidak menunaikan solat lima waktu yang wajib itu.

Mari kita lihat pemimpin yang memimpin Malaysia sekarang ini. Mereka ini ibarat role model sepatutnya. Tapi sedih dan sayang sekali kerana hiburan yang melampau lebih hebat lagi ada kanak-kanak sekolah mahu menjadi penyanyi yang sexy itu, pelakon yang cantik itu dan sebagainya lagi. Pemimpin kita semakin bobrok dan tidak mementingkan amalan agama yang betul. Mengapa perlu diperkenalkan lagi Islam Hadhari. Pening orang bukan Islam dan Islam sendiri. Sebetulnya Islam dan terjaganya sahsiah dan amalan kita dengan terjaganya amalan solat kita, budaya mahmudah dan masyarakat madani yang berwawasan tinggi.

Kesimpulannya, membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah tugas para pendakwah dan pejuang Islam. Orang Melayu adalah bangsa yang bukan memiliki Islam tetapi bersyukur dikurniakan hidayah memeluk Islam sebagai majoriti di Malaysia ini. Kalau di Bali kita pasti sukar membeza Hindu dengan Islam di sana.
Teruskan perjuangan PAS teruskan perjuangan para Muslim tidak kira apa bangsa pun. Semoga anda semua diberkati oleh Allah

No comments:

Post a Comment