Pemuda Umno akan “menanti” kedatangan Bersih 2.0 di depan Istana Negara atau mana-mana lokasi di ibu Negara jika gabungan itu meneruskan rancangan mahu mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini, kata penyelaras Himpunan Patriot anjuran pergerakan itu.Lokman Noor Adam, yang juga ahli jawatankuasa Pemuda Umno menegaskan, pihaknya tiada jalan lain melainkan menghentikan perhimpunan-perhimpunan seperti itu mulai sekarang.
“Apa pilihan yang kami ada? Kami tiada pilihan kecuali menghentikan demonstrasi macam ini,” kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini kelmarin.
“Kita tidak mahu buat benda ini... sesuka hati (macam mereka), kita mahu akal menguasai emosi kita dengan baik... sungguhpun ramai yang beranggapan ini bukan cara terbaik untuk berhadapan dengan Bersih, tetapi sikap kepala batu dan degil Bersih, kita tiada pilihan kecuali hadapi mereka secara fizikal dan sampai bila rakyat mahu biarkan benda demonstrasi ini,” kata Lokman sambil menambah sanggup mengorbankan nyawanya untuk berhadapan dengan Himpunan Bersih 2.0. - TMI
Note:
HOOOII LOKMAN..KO NI CAKAP MACAM MAKAN PETAI SETAHUN..NASIB BAIK POLIS SELAMATKAN GENG KO ORANG SEMUA TERMASUK kj(kambing jalanan)..KALAU TAK DAH LAMA KO ORANG SEMUA cacat kekal KENA PIJAK DGN GENG BERSIH
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

No comments:
Post a Comment