PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Monday

GOTONG ROYONG DI BLOK A DAN BLOK B PADA 25.07.2010

بسم الله الرحمن الرحيم

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku


2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

 INILAH BUKTI BAHAWA KAMI SEMUA MASIH TIDAK BERSATU HATI,HANYA PERASAAN DI HATI SAHAJA TERASA BERSATU..TAPI HAKIKATNYA MASIH RAMAI LAGI MENGAMALKAN BUDAYA PERKAUMAN.LIHAT SAJA JUMLAH PENDUDUK TETAP YANG MENGHADIRI GOTONG ROYONG YANG DIANJURKAN,BOLEH DIKIRA DGN JARI JUMLAH PENDUDUK TETAP YANG HADIR.


 KAUM IBU YANG HADIR
 KAUM BAPA ,YANG TENGOK SAJA PUN RAMAI JUGAK
 ADA GAJI ADA KERJA
EN DAUD SOLO SOLO JEE ...BOLEH PUN BUAT KEJE
 KAUM IBU DARI BLOK A DAN BLOK B BERGANDING BAHU
 RINGAN SAMA DI JINJING...YANG BERAT LETAK SAJA DALAM KETE SORONG
 KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAM
 EN AYOB SEDANG ASAH MATA GERGAJI
 SUASANA DIDALAM DEWAN
 REHAT SEBENTAR..KITA MINUM DULU
 KAUM KAUM SEDANG BEREHAT SEBENTAR
 ANAK ANAK KECIL SEDANG BEREHAT
 SUASANA SEMASA REHAT
STOR DI BLOK A...MACAM GUDANG PETAI BANGKRAP
COLI COLI BERTABURAN DI BLOK B..SAPE PUNYA..MAK BUDAK ATAU ANAK DARA
KALAU TAKNAK PAKAI JGN BUANG MERATA RATA..TAK TAU MALU
 KEADAAN JALAN DI HADAPAN TONG SAMPAH DI BLOK B

Wednesday

INFO GIGITAN ULAR

بسم الله الرحمن الرحيم



Jenis-jenis ular yang ada di Malaysia



Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun.

Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra), ular kapak (Russell's Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular 'kraits'.


Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala "king Cobra" pula biasanya di jumpai di hutan tebal.

Ular kapak (pit viper) pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang, kampung dan hutan. Tempat yang biasa bagi 'Green tree pit viper' pula ialah di atas pokok. Ular 'Kraits' biasanya didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan. Ular laut selalunya berada di pesisiran pantai dan kawasan muara sungai. Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.

Gejala & tanda-tanda dipatuk ular


Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.


Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :

* Toksin darah (Haemotoxins)


* Toksin saraf (Neurotoxins)


* Toksin jantung (Cardiotoxins)

Sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal:

* Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).


* Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.


Gejala yang berlaku agak lambat:

* Gejala setempat (di tempat patukan): bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot, dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.


* Gejala am seperti: pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan (shock), gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.


* Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau; rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka dan mata; susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.

Kesan atau Komplikasi patukan ular


Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau komplikasi yang boleh terjadi ialah :

* Parut dan kesan kosmetik.


* Luka, jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk.


* Penyakit Tetanus (kancing gigi).


* Kerosakan buah pinggang.


* Kerosakan otak akibat perdarahan dalam otak


* Luka atau parut kekal dalam mata, jika ular menyembur racun ke mata.

Rawatan patukan ular


JANGAN PANIK!


Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk

* Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain.


* Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.


* Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.


* Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.


* Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling).


* Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.


* Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.


Rawatan di hospital :

* Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi


* Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan


* Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan.


* Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan


* Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.

Bagaimana mengelak dari dipatuk ular

* Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak


* Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak


* Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah


* Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati.


* Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.



- sumber infosiha

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

بسم الله الرحمن الرحيم




I LOVE PAS
"Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor.


Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari

matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.

2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.

3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi

Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.

4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,

dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.

5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of

Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.


sumber : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

MENGENDALI AL-QURAN LAMA

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan;

salam...ingin bertanya andai Al-quran yang lama sudah tidak digunakan kerana sudah digantikan dengan yang baru..bagaimana cara terbaik untuk mengendalikannya...tq

Jawapan;
Mushaf al-Quran (dan begitu juga kertas-kertas yang bertulis ayat al-Quran, nama-nama Allah, zikir-zikir, hadis-hadis Nabi dan seumpamanya) wajib dijaga kemuliaan dan kehormatannya. Hendaklah disimpan ditempat yang baik dan bersih. Jika dijumpai terjatuh di atas lantai atau berada di tempat yang tidak sepatutnya, wajiblah dipungut. Jika sudah tidak dapat digunakan lagi, hendaklah dilupuskan sama ada dengan menanamnya di tempat yang bersih dan jauh dari laluan manusia (untuk mengelak dari ia dipijak atau dilangkahi) atau boleh juga dibakar dan kemudian abunya ditanam di tempat yang bersih. Ini sebagai mengambil contoh dari tindakan yang dilakukan oleh para sahabat.

Dalam kitab Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Saidina Usman bin ‘Affan –radhiyallahi ‘anhu- telah mengarahkan beberapa orang sahabat supaya menyalin beberapa mushaf al-Quran, kemudian ia menghantar ke setiap pelusuk (negara umat Islam) satu salinan. Dan ia memerintahkan semua lembaran dan mushaf yang lain hendaklah dibakar”. (Juz. 15, bab jam’ie al-Quran, hadis no. 4604).

Berkata Ibnu Battal; hadis ini menunjukkan bahawa diharuskan membakar kitab-kitab/buku-buku yang terdapat di dalamnya nama-nama Allah (yang tidak digunakan lagi). Tindakan itu sebagai memuliakannya dan menjaganya dari dipijak oleh kaki-kaki manusia. Ada diceritakan bahawa Tawus membakar kertas-kertasnya yang terdapat tulisan Bismillah, begitu juga yang dilakukan oleh Urwah. (Fathul-Bari, juz 14, bab Jam’ie al-Quran. Lihat juga; Tuhfah al-Ahwazi, juz. 7, bab wa min surati at-taubah).

Diharamkan sama sekali mushaf al-Quran yang lama itu dibuang ke tempat sampah atau dibiarkan tanpa terurus di tempat yang tidak sepatutnya. Begitu juga, tidak harus kertas al-Quran lama di kitar semula untuk kegunaan lain dari al-Quran (seperti menjadi kertas biasa, tisu atau sebagainya) kerana itu juga satu jenis penghinaan kepada al-Quran. Ini sebagaiman fatwa yang yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Arab Saudi (Fatawa al-Lujnah ad-Daimah, al-Majmu’at al-Ula, 4/80. Lihat; al-Maktabah asy-Syamilah) dan beberapa fatwa yang lain. Jadi, jalan yang ada ialah sama ada menanamnya atau membakarnya atau terus menyimpannya dengan baik.

Rujukan;

1. Fathul-Bari, juz 14, bab Jam’ie al-Quran.

2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 7, bab wa min surati at-taubah.

3. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com), no. 126206.

4. Fatawa al-Lujnah ad-Daimah, al-Majmu’at al-Ula, 4/80, al-Maktabah asy-Syamilah.


- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

ASAL USUL YAHUDI LAKNATULLAH

بسم الله الرحمن الرحيم




Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.


Asal-usul kaum yang laknat.

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan BaniIsrael.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu. Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

بسم الله الرحمن الرحيم


Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.


- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan... Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan

bongkak.
Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).

*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT........

BENARKAH MELAYU PULAU PINANG MEMANG SENGAL...!!!! SAKSIKAN BERSAMA

Benarkah Melayu P.Pinang terpinggir..?
بسم الله الرحمن الرحيم


Ini rumah ketua pembangkang P.Pinang. Bila tidur asyik termimpi 13 Mei...

Rumah Dato Hj Roslan..tengah nak naik taraf rumah dia...Anda kosnya brapa. Memang benarlah Melayu P.Pinang memang terpinggir...
Ini pula rumah mantan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang di Balik Pulau..Yusmadi menang di Parlimen Balik Pulau sebab Dr Helmi berkempen untuk Yusmadi sebab Yusmadi orang Balik Pulau tulen.. Kebetulan pula Yusmadi lawan dengan calon Pak Lah orang Bayan Lepas bukan orang Balik Pulau tulen...sebab itu di Balik Pulau agak unik sikit..3 Dun dalam Parlimen Balik Pulau UMNO menang tetapi Parlimen Balik Pulau UMNO kalah..macam Hulu Selangor...inilah sebab sebenar Yusmadi menang...

Ini rumah mantan Exco Belia dan Sukan P.Pinang dekat Pantai Robina...

Rumah orang kuat Pak Lah di Kepala Batas......satu lagi rumah di Sg Petani...

Rumah Ustaz Shabudin ada lagi satu...laaaaagi besar....

Ini rumah lama Arif Shah yang memang arif tentang judi bola di Seberang Jaya...rumah baru tak sempat nak ambil daaa...
Rumah Jasmin di Sg Dua..orang harapan Syariff Omar...
Yang ini rumah Tok Mud..hujan lebat sangat bila sharpshooter sampai di depan rumah dia di Taman Ilmu. Sebelum ini suruh kawan tolong ambil gambar rumah tok Mud tetapi malangnya macam-macam alasan...tu pun jangan...nak jadi pejuang juga...jangan buat alasan tetapi carilah jalan..

Ini pula rumah mantan Exco Perumahan P.Pinang di Kg Seronok. Tahun 2004 sharpshooter bertanding menentangnya...tetapi tahun 2004 semua calon Keadilan kalah kecuali Kak Wan seorang saja...:-) Anda nak tahu apa 'jasa besar' YB Exco Perumahan pada orang Melayu P.Pinang...

Ini pula rumah saudagar herba di Balik Pulau...

Ini pula rumah Tok Non dekat kelab Golf Jawi...boleh ajak Zahrain main golf di sini bila Zahrain, Fairus dan Zulkifli Noordin pejuang dan Wira Agama, Bangsa dan Negara balik dari Gaza lawan tentera Israel...Israel dah angkat bendera putih...hebat sungguh pejuang kita...anda patut berbangga dan bersyukur...

Yang ini pula rumah Ali gemok yang terlibat dengan skandal 6000 permit teksi bersama Nazri Aziz tetapi macam biasalah kes profile tinggi selalunya entahlah tak tau apa jadi...

- zakriali

RUMAH RAKYAT TERPINGGIR..MAJORITINYA MELAYU

53 tahun umno/BN memerintah Pulau pinang inilah rupanya rumah org melayu kat sana... cuba bandingkan dengan rumah YB-YB mereka?

Masa pilihanraya, BN suruh gantung bendera.. sampai ke PRU yg ke 12 hanya bendera jer la yg mereka dapat.. YB-YB umno senang lenang kaya raya....

Rumah org melayu yg berdindingkan buluh... ditanamkan dikepala mereka bahawa Lim Guan Eng menganaktirikan org melayu... Mereka terlupa 53 tahun mereka memerintah hanya rumah2 YB mereka saja yang bartambah besar.. mereka terlupa selama ini BN yang memerintah Pulau Pinang..

Rumah ini wujud sejak dari pemerintah BN di pulau pinang.. mana perginya YB UMNo yang sepatutnya mempertahankan orang melayu? Tapi rumah YB-YB umno besar2 kan...

Inilah keadaan rumah-rumah rakyat yang tidak pernah terbela setelah 53 tahun umno berkuasa. Mereka2 inilah yang akan dipujukrayu pada setiap kali pilihanraya tiba. 5 kg beras dan sehelai kain pelikat untuk tempoh 5 tahun. dan bila kuasa ditangan janji hanya tinggal janji.

MEREKA-MEREKA YANG BERJAYA DIBODOHKAN OLEH UMNO

Yang berjawatan cuba mengekalkan jawatannya.. yang berkepentingan mengharapkan projek.. Dan mereka yang bodoh hanya menyokong menbuta tuli. Mereka lupa rumah pemimpin mereka bertambah besar sedangkan org melayu semakin terpinggir..

Makcik-makcik kampung yang disuruh menyalak bila tiba masa pilihanraya. Yang senang lenang ketua2 mereka. Sedar la diri sikit makcik.. makcik dapat apa? duit rm2o dan air mineral sebotol... Mereka yang suruh makcik menyalak ni dapat banyak duit.. dapat projek... bila harga barang naik, minyak naik, tol naik makcik jugak yg naik hangin kan.. sudah2 la tu makcik.. kalau xder org2 yg x berapa cerdik mcm makcik ni dah lama umno berkubur dah..

"Walau jarang gigi ini.. namun umno tetep dihatiiiiiii.dulu,kini dan selamanya.....!!!!

Hidup matiku bersama UMNO/BN...!!!!
PEMIMPIN UMNO YANG RELA HIDUP SUSAH KERANA RAKYAT

Pernahkah anda sebagai rakyat pulau pinang yang baca artikel ini terfikir nasib kaum yang sebangsa seagama dengan anda semasa anda merantau di negeri orang.Apa tindakan dan jihad yang anda lakukan untuk kaum sebangsa seagama dengan anda..cukupkah anda berpuas hati dengan kedudukan anda selama merantau di negeri orang.Tidakah anda terfikir nasib keluarga anda di kampung halaman anda.Apa yang terjadi dengan penduduk kampung warisan tanjung tokong.Sebahagian dipindahkan..sebahagian lagi dibiarkan.Sedangkan yang telah dipindahkan tapak rumah mereka hanya di  tumbuhi hutan belukar tanpa apa apa projek buang duit rakyat dan harta rakyat lenyap begitu sahaja.Adakah anda fikir kenapa jadi macam ini..Anda semua fikir fikirkanlah semasa anda duduk keseorangan atau bersama dengan keluarga anda.Adakah anda merasa senang dan berpuas hati sebab ada kerjaya..urusan kerja rumah/dapur di lakukan oleh orang gaji.Adakah anda berpuas hati sebab isteri anda duduk saje sebab semuanya di lakukan oleh orang gaji..tanpa anda mengetahui bahawa isteri anda sebenarnya lebih malas dari orang gaji serta tiada ciri ciri isteri yang berbakti untuk suami dan anak anak anda.Sebab wang ringgit mengubah cara hidup anda sekeluarga.Jadi hidup anak anak di rumah di uruskan oleh orang gaji bukan oleh iateri anda.Jika inilah pendapat anda...sesungguhnya anda mengamalkan cara hidup ORANG..ORANG PUNYA PASAL,,AKU...AKU PUNYA PASAL.Kesimpulan kecilnya melayu pulau pinang cara hidup KO PUNYA PASAL..AKU PUNYA PASAL...JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG 
Note: Kesimpulannya "MELAYU PULAU PINANG YANG MENYOKONG UMNO SELAMA BERPULUH TAHUN MEMANG SENGAL...!!!"

1.Minta maaf sebab terkasar bahasa...tapi lu pikirlah sendiri nasib bangsa seagama anda.Ini bukan provokasi politik atau mainan di buat buat..tapi inilah fakta berdasarkan hukum alam.

PAUL" RAMAL PR MENANG UNTUK PRU 13

بسم الله الرحمن الرحيم

pesanan..akidah kita sebagai umat islam kena jaga.jgn percaya perkara khurafat ni


Note: Siapa la yang rajin sgt mengedit nih... hehehe

PENCAPAIAN BABI DIUTAMAKAN RAKYAT DILEMBUKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

mana mau pegi aaaaa...


CUKAI IMPORT BUGGY GOLF DIMANSUH - Najib Razak hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.Najib Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.Selain itu, langkah itu juga mampu menjana pendapatan negara apabila lebih 200 kelab golf di negara ini berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong asing untuk bermain sukan itu


rakyat yang bangang tahap bahalol masih tak nampak lagi? untuk orang kaya yang main golf dapat keistimewaan..


rakyat terbanyak kena GST.. Labun Kulup Sakah

DIBAWAH NI KOMEN ORANG ORANG SUSAH CAM KAMI NI..DIA ORANG SEMUANYA RAKYAT MALAYSIA YANG MERANTAU DI LUAR NEGARA CARI DUIT LEBIH

1.lepas ni org2 kampung leh main golf dah sebab harga tax buggy car dimansuhkan,mane ade org miskim main golf?kalau ade pun main golf dalam kelambu jeee.KOO KOOO KOOOO KOOK dari jepun


2.najis, jgn lan tunjukkan kebodohan mu yg bersinar2 keriangan tu. 1 malaysia nanti tau hang bodo susah ler lu..syabas 1 Malaysia!.VAN BURUK DER dari belanda

3.ni jenis menteri ckp x pakai akai, otak tarak,, dudok ats x penah tau kesusahan org miskin.NANG BUTI NANG dari taiwan

4.yang kaye trus kaye, yg miskin papa kedana.mungkin orang2 yang kaya ni masa matinya mungkin pakai kain kapan jenis songket bersulam benang emas.TUAN TANAH KEDAUNG dari sudan

PETRONAS DILEMBUKAN OLEH KERAJAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan Terus Tunggangi Petronas

Bekas Menteri BN Datuk Dr Tan Tee Kwong membidas sikap kerajaan yang menunggangi Petronas demi kepentingan politik dan kroni.


Bukan sahaja Petronas dipaksa memberi subsidi gas kepada penjana tenaga bebas yang enggan membeli pada harga pasaran, tetapi syarikat nasional itu turut diarah menjual minyak kepada syarikat-syarikat mesra BN pada harga yang rendah.

Dr Tan melahirkan rasa bimbang akan masa hadapan Petronas yang kini ditekan kesusutan pendapatan yang serius, di tangan menteri-menteri yang menurutnya hanya erti mengarah dan mendesak nadi ekonomi negara itu.

Petronas bukan hanya dirundung malang apabila perolehan syarikat itu mula menyusut, dalam masa sama keuntungannya turut digunakan untuk menampung defisit negara, dan untuk kepentingan salah seorang pemimpin Umno.

Mendedahkan hal itu dalam rancangan Fokus Berita TV Selangor, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan berkata, seorang pemimpin UMNO menjadi dalang memaksa Petronas menjual minyak kepada sebuah syarikat di Jepun pada harga yang murah.

" Ada seorang pemimpin kuat dari UMNO, mengatur suatu rancangan yang memang tidak betul. Saya sebut sekali lagi, memang suatu rancangan yang tidak betul".

" Saya dengar ada enam orang tengah dan harga market minyak sekarang agak tinggi iaitu 75 USD satu tong, saya beri penjelasan yang terperinci. Dari mulanya kos yang Petronas perlu guna termasuk kakitangan,pakar-pakar, kos produksi, satu tong kepada Petronas lebih kurang 20 USD, Petronas jual kepada orang tengah USD 40 tetapi orang tengah jual di pasaran 75 USD" tambahnya lagi.

" Terpaksa, paksa Petronas jual minyak kepada satu syarikat di negara Jepun. Kalau terus,ikut harga pasaran, memang tidak ada masalah tetapi dengan harga rendah. Harga tetap untuk 10 tahun, tidak kira walau berapa harga pasaran, dan saya dengar dengan harga yang rendah, lebih kurang 30 USD satu tong" ujarnya lagi.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul ke parlimen untuk membahaskan kesusutan pendapatan Petronas di Dewan Rakyat, bagaimanapun ia ditolak oleh Speaker Dewan atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Usul ini dibuat selepas Petronas mencatatkan penurunan perolehan sebanyak 18.1 peratus kepada RM 216.4 bilion ringgit. Keuntungan Petronas turut menurun 54.2 peratus selepas menyerahkan dividen RM30 bilion kepada pemerintah.

Keuntungan dijangka terus menyusut dengan meningkatnya kos industri. Petronas dikatakan terpaksa mengurangkan carigali di luar negara, serta akan menjual sayap petrokimia syarikat itu, yang menurut sumber dianggarkan bernilai lebih USD2 bilion.

Petronas semakin sesak dengan kebergantungan berterusan pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk memenuhi kantung peribadi.

" Apa sebab Petronas perlu guna orang tengah jual minyak dia? Saya pun tidak faham, dia boleh jual sendiri kan?" soal Dr Tan.

" Pemimpin politik terutamanya pemimpin dari UMNO campur tangan pentadbiran Petronas. Bukan sahaja campur tangan sehingga ia terjejas, (namun) atau sedang dihancurkan jasa baik Petronas".

Menyingkap pengalaman selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Segambut,beliau sendiri pernah meminta penjelasan berhubung akaun Petronas di parlimen, namun jawapan yang diterima begitu menghampakan.

" Bila sampai giliran saya, saya minta Menteri Kewangan kedua Nor Yaakob, sebab apa kita Ahli Parlimen dan public comunity tidak boleh semak akaun Petronas. Bagaiamana dia jawab? sebab dia sudah sedia jawapan dia. Dia jawab, Ahli Parlimen dari Segambut, nampak u macam tidak puas hati. Jawapan dia, saya hanya jaga Kementerian Kewangan, Petronas di bawah bidang tugas Jabatan Perdana Menteri.Sampai sekarang Julai 2010, tidak pernah bagitau tahu parlimen akaun Petronas".




Tuesday

ISTERI GAGAL KAWAL NAFSU

Monday, July 12, 2010ISTERI GAGAL KAWAL NAFSU


بسم الله الرحمن الرحيم

Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.


Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:
"HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor. Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana. Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing. Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan."

SHIMA, 32:
"TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki. Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami. Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa."

ROZANA, 39:
"SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup. Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi. Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan. Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya. Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal. Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

"Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui."

DIANA, 32:
"SAYA ditinggalkan suami hampir empat tahun. Saya akui sungguh menderita selepas suami menghilangkan diri sekitar 2007, tambahan pula saya terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil, masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Saya ditinggalkan suami ketika anak kedua berusia tidak sampai setahun dan ketika itu saya terpaksa meminta bantuan keluarga untuk menyara hidup. Bayangkan, bagaimana saya hendak menyara anak yang masih kecil itu seorang diri, saya pula tidak bekerja. Jalan mudah yang dapat saya fikirkan ketika itu adalah kembali ke pangkuan ibu bapa di kampung. Hidup saya jadi tidak keruan, apalagi memikirkan sampai bila saya perlu bergantung hidup dengan keluarga. Suami saya langsung tidak dapat dihubungi, hidup matinya saya tidak tahu.

Sebagai isteri yang pernah menerima kasih sayang seorang suami, saya akui perasaan sungguh tertekan apabila memikirkan tuntutan batin yang tidak dapat dipenuhi. Saya masih merindui suami walaupun ada kalanya sakit hati apabila memikirkan saya ditinggalkan tanpa khabar berita. Ada juga rakan pernah mengusik, bolehkah saya hidup tanpa sentuhan lelaki. Bagi saya, soal seks dan tuntutan batin bukan lagi satu keutamaan. Memang sebagai manusia biasa keinginan untuk dibelai lelaki itu sentiasa ada, tetapi apakan daya saya apabila dalam keadaan begini. Buat masa ini saya hanya memikirkan soal anak, mereka lebih memerlukan saya ketika ini

Friday

Welcome To Ramallah رام الله District of Ramallah Palestinians

RAMALLAH AL-BIRA 1918
RAMALLAH AL-BIRA 1945
MIDAN AL-MANARA
AL-NUSYARAT
PALESTINIANS HOUSE IN OLD CITY
AT BATTIR
AT BATTIR
AT BATTIR
DAYR NIDHAM
FUNERAL AT MUTA QAAH
FUNERAL AT MUTA QAAH



HUWWARA