PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Thursday

Rumah KECIL tiang TIADA...Renung Renungkan






ALLAH memangil kita 3 kali saja seumur hidup
1.AZAN..Itu adalah panggilan ALLAH yang pertama.panggilan itu sangat jelas terdengar di telinga
 kita,sangat kuat kedengaranya.Adakah kita menjawab panggilan ALLAH.
Tetapi ALLAH tetap fleksible,tidak cepat marah akan sikap kita ketika kita lambat bahkan tidak solat sama sekali kerana malas,ALLAH tidak marah seketika,ALLAH masih memberikan rahmatNYA,masih memberikan kebahagian bagi hambaNYA BAIK yang menjawab azan-NYA atau tidak.ALLAH akan membalas hambaNYA ketika hari kiamat nanti.

2.UMRAH/HAJI..panggilan ini bersifat halus.ALLAH memanggil hamba hambaNYA denga panggilan yang halus dan sifatnya bergiliran.hambanya yang satu mendapat kesempatan yang berbeza dengan hambanya yang lain dengan jalan yang bermacam macam.yang tidak punya wang merancang untuk pergi dan termakbul rancanganya itu.ada yang punya wang merancang untuk pergi tapi tak kesempaian sebab penting keduniaan dengan membina rumah yang besar besar dan beli kenderaan mewah sebab nak tunjuk kat orang kampung dan jiran jiran serta kawan kawan dia berharta dan kaya raya.seolah olah menafikan panggilan ALLAH..laksanakan haji dan umrah jika mampu.terbukti mampu tapi kereta dan rumah besar lebih penting.

3.KEMATIAN..panggilan yang kita jawab dengan amal kita.ALLAH tidak memberikan tanda tanda secara langsung dan kita mampu menjawab dengan lisan atau gerakan.kita hanya mampu menjawab denganamal sholeh.oleh itu manfaatkan waktu dengan sebaik baiknya.insyaALLAH syurga adalah balasanya.

MATA SAYA BERGENANG DIDALAM MENAIP TULISAN INI..SAYA SUJUD BERTAUBAT PADA ALLAH KERANA KELALAIAN SAYA DALAM MENJAWAB PANGGILANYA.KALA ITU HATI SAYA MAKIN YAKIN AKAN KEBESARANYA,KASIH SAYANGNYA,

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama HURAISY berasal dari anak kala jengking,besarnya HURAISY ini dari timur hinggan ke barat,panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat jibril bertanya...hai HURAISY;ENGKAU NAK KEMANA DAN SIAPA YANG ENGKAU CARI..HURAISY PUN MENJAWAB..AKU MAHU MENCARI LIMA ORANG
1.orang yang meninggalkan sembahyang
2.orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
3.orang yang derhaka kepada ibubapanya
4.orang yang bercakap tentang dunia didalam masjib
5.orang yang suka minum arak

Oleh itu marilah kita tidak beruk sangka terhadap orang lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dengan kawan kawan yang sentiasa berlapang dada dengan kita 

*** Jangan terlalu bongkak dengan Tuhan yang menjadikan kita dan yang akan mematikan kita... kerana akhirnya kita SEMUA akan menghuni rumah KECIL ini juga...tanpa ada seorang pun pengecualian. Dunia ini hanya pinjaman....tujuan hidup kita adalah untuk ke sana jua. Andaikatalah kita dapat merasai azab orang yang dah mati, tentu2nya kita tidak seperti kita sekarang......mereka telah terlepas peluang, tetapi kita BELUM. ...**** Sampaikanlah walau sepotong ayat demi sayang kita sesama islam...

****Hentikan dan tak perlulah merasa bangga meng'forward'kan aksi/foto lucah sesama kita.joli sakan sampai tak ingat dunia,berhutang demi menyahut seruan BIAR PAPA ASAL BERGAYA,ORANG ORANG PUNYA HAL...AKU AKU PUNYA HAL,INGATLAH DAN MERASA MALULAH DENGAN DIRI SENDIRI SEBAB KITA MATI ORANG LAIN YANG MANDIKAN,WUDHUKAN,KAPANKAN,DAN USUNGKAN DARI RUMAH SAMPAI TERBARING DALAM LIANG LAHAT,,LEPAS TU RAMAI RAMAI TERMASUK ANAK,ISTERI IBUBAPA.KAWAN KAWAN,KERETA DAN RUMAH YANG KITA BANGGAKAN SELAMA INI TINGGALKAN KITA SENDIRIAN..ia bukan sahaja akan menggelapkan hati....menjadikan hati keras/susah terima ilmu/senang mendapat penyakit hati.......malah boleh menjadi punca matinya hati .....Nauzubillah. Tanda matinya hati ialah apabila lebih suka/bangga dengan kemungkaran dan penderhakaan, malah benci dengan nasihat dan kebaikan...***(Malah sesetengahnya sanggup menjadikan dirinya musuh kepada muslim yang lain....masyaAllah, apabila hati rosak, rosaklah segala2nya)

No comments:

Post a Comment