PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Monday

Kejayaan BERSIH 2.0: UMNO Atau UNITED MAMAK NO.Tersentak Beruk, Mahu Tiru Bersih Buat Himpunan

Posted: 09 Jul 2011 11:11 PM PDT
Sehari selepas Bersih, Umno mahu pamer Najib sokongan

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Umno mengambil pendekatan segera untuk mempamerkan kesetiaan dan sokongan padu ke atas kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehari selepas ibu negara “digegarkan” dengan perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.

Tidak sampai 24 jam selepas perhimpunan Bersih 2.0, ibu pejabat Umno menganjurkan program setengah hari, yang menurut pemimpinnya bertujuan “menunjukkan referendum dan sokongan jentera” parti itu ke atas Najib selaku presiden dan perdana menteri.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di sebalik sekatan dan halangan ketat pihak berkuasa di seluruh semalam, yang menurut penganjurnya “sangat berjaya” kerana dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 peserta di seluruh ibu negara.

Polis pula menganggarkan hanya sekitar 6,000 orang berkumpul di pusat bandar raya iaitu di sekitar Puduraya dan Dataran Maybank — yang terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka, lokasi perhimpunan menjadi pilihan Bersih 2.0.

The Malaysian Insider difahamkan, majlis hari ini yang diusahakan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan, dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Datuk Najib”.

“Ia program saat-saat akhir, dimaklumkan beberapa hari lalu (pertengahan minggu lalu),” kata seorang ketua bahagian kepada The Malaysian Insider.

Seorang lagi ketua bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, notis pemakluman mula diterima sejak awal minggu ini.

“Kita boleh anggap ini sebagai program menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada Datuk Seri Najib, ketika negara berhadapan dengan ujian terbaru ini,” kata beliau merujuk kepada Perhimpunan Bersih 2.0.

Selaku perdana menteri dan presiden Umno, Perhimpunan Bersih 2.0 meskipun pemimpin-pemimpin Umno dan BN menganggap tidak berjaya, tetapi tidak menolak ia juga satu ujian besar ke atas kepimpinan dan pentadbirannya.

Pengkritik Najib menganggap perkembangan sejak 1 Julai lalu termasuk campur tangan istana sebagai satu tamparan ke atas kredibiliti beliau dan ia harus diperbaiki sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia dilihat menjadi ujian kepada Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri 27 bulan lalu, ketika sebahagian pemimpin Umno merasakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak sewajarnya perkenan menerima kehadiran sekretariat Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu.

Dua hari sebelum pertemuan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah agar setiap permasalahan yang timbul termasuk tuntutan Bersih 2.0 sekarang diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

Campur tangan dan nasihat itu tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini, yang mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan.

The Malaysian Insider difahamkan semua ketua bahagian dan setiausaha penerangan diminta hadir pada majlis pagi ini.

Selain kepimpinan bahagian, majlis itu akan dihadiri pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan.

SMS daripada ibu pejabat Umno yang dihantar kepada wakil-wakil media memperlihatkan keseriusan program hari ini walaupun ia diaturkan saat-saat akhir.

SMS itu antara lain berbunyi “walau (pun) majlis tutup, rakaman visual atau foto semasa perdana menteri berucap untuk tunjukkan referendum, sokongan padu jentera Umno, pelbagai NGO dan pesilat. Jika melimpah, visual atau foto luar dewan juga menjadi bukti sokongan.”

Pertemuan hari ini juga menurut seorang ketua bahagian akan digunakan sebagai peluang mempersiapkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini. -TMI

Ulasan GB

Walaupun media massa pro-BN menyatakan bahawa perhimpunan aman BERSIH semalam gagal, tetapi di sudut hati masing-masing terutama pemimpin UMNO, mereka terkejut beruk dengan gegaran perhimpunan itu sekalipun polis telah dikerah habis-habisan bagi menghalang berlakunya perhimpunan tersebut.

Segala cara dibuat untuk mempastikan perhimpunan itu tidak menjadi kenyataan, dari melabelkan ia sebagai perhimpunan haram, pengharaman baju kuning, serangan ke atas majlis-majlis penerangan dan tangkapan pra-himpunan, menimbulkan sandiwara terjumpanya bom dan parang, sehinggalah meunggunakan mimbar masjid untuk menghalang orangramai dari menyertai BERSIH, dan yang terakhir injunksi mahkamah terhadap 91 orang pemimpin PR dan sekatan jalanraya disemua laluan masuk ke Kuala Lumpur... tiba-tiba perhimpunan BERSIH 2.0 meletup juga di tengah-tengah kota.

Kita sudah mengingatkan kerajaan UMNO BN supaya jangan angkuh, jangan sombong. Jangan disekat kemaraan rakyat. Perbaiki sistem pilihanraya yang senget oleh SPR. Semua tidak diindahkan. Malah janji untuk berhimpun di stadium pun tak dikotakan.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Kini UMNO nak berhimpun. Nak tunjuk kekuatan mereka, mana tahu kot ia kali terakhir mereka dapat melakukannya sebelum UMNO dihantar rakyat ke liang lahad....

No comments:

Post a Comment