PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Saturday

TOK GURU SENI SILAT PIKACHU IAITU TUAN GURU ALI RUSTAM CABAR BERSIH.. ADA BERANI KA?

Guru silat jangan campur isu politik- Cikgu Majid Mat Isa

KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.

Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti ’13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan.

Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu.

Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk ‘bertempur’ dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan.

Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin.

“(Ali Rustam) dia memang tahu dia ahli politik. Kalau boleh dia mahu orang silat semua sokong dia. Kita orang silat terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu bukan orang politik.

“Silat dahulu dimulakan oleh Hang Tuah lima bersaudara dan kemudian diteruskan oleh pendekar seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah untuk membela tanah air daripada musuh luar.

“Tetapi hari ini, jangan campur politik dan persilatan,” katanya.
Malah, tambah Cikgu Majid lagi, beliau sendiri mahu pun mana-mana wakil Silat Gayung Pusaka tidak pernah menerima sebarang notis tentang mesyuarat Sabtu lalu.

Sewaktu ditanya samada pendirian Omardin yang memberi amaran kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mewakili pendirian kesemua pendekar Melayu, Cikgu Majid menegaskan Omardin bercakap mewakili dirinya semata-mata.
“Masalahnya, dia ikut pendapat dia seorang sahaja. Malam kelmarin saya dah sebutkan dalam blog yang kita persatuan silat jangan campur.

“Kita bukan nak bergaduh dengan Cina, Melayu, atau India. Kita tak hormat orang yang mahu berbangga-bangga dengan ilmu silatnya,” kata Cikgu Majid.

Beliau juga berpendapat bahawa Omardin dan Ali Rustam sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.
“Pihak kerajaan kan ada, bolehlah dibawa berunding.

“Kita tak boleh tunjuk kekerasan kita. Semuanya boleh dibawa berbincang. Itu semangat pendekar Melayu yang sebenar,” kata Cikgu Majid. - Kdaily

Note: Mari kita tengok apa ali rustam bangang dan kuncu-kuncunya yang tolol kata kat bawah nih... kah kah kah kah..MUKA DAHLAH MACAM PIKACHU..DI APIT OLEH WONDERPET.. ADA HATI NAK JOINT TOK GURU SILAT



Note: Woi ali masa 13 mei hang lepak kat mana? Kah kah kah kah.. Takutnya aku.. kah kah kah kah.. ni namanya ketam mengajar anaknya berjalan tegak.. kah kah kah kah.. woiii ali hang kira hang punya panas jer ke.. hang jangan lupa duduk depan sekali.. tapi bukan belakang FRU tau.. kah kah kah kah..

Note: Omar din lu dah lupa ke lu kena belasah dekat chow kit dulu.. lu dengan lu punya body guard lintang pukang lari dah lupa ke? kah kah kah kah.. budak-budak boleh la lu gertak.. lu jgn lupa naik kerusi roda yang ada enjin.. senang sikit nanti lu nak cabut lari.. kah kah kah kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

No comments:

Post a Comment