PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU

Friday

GAMBAR EKSLUSIF BARANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

بسم الله الرحمن الرحيم




Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan- peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah.

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?






Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!





Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama ingat mengingati. Kongsikan bersama teman-teman.

Jazakallah.

 

Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
                                                Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW


Selipar Rasulullah S.A.W

 
Cop surat rasmi Rasulullah SAW

Serban-serban yang pernah dipakai Baginda
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW

Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW


sungguh jauh perbezaan peribadi kita umat akhir zaman, dengan peribadi Rasulullah.. kita tahu, tapi sejauhmana kita ingin mencontohinya..?
oh, ramai y memilih kelazatan dunia ini, sehingga manusia mabuk bersamanya,lupa diri..
kita contohi Kekasih Allah..
buKan sekadar dgn kata2..
MalaH tarbiyahlah diri^^
selawat dan salam penuh kerinduan kpd Nabi Muhammad SAW ..





No comments:

Post a Comment