PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Wednesday

HUTANG... TUNTUT DI AKHIRAT

بسم الله الرحمن الرحيم





Tak bayar hutang boleh tuntut di akhirat

Salam sejahtera,

Saya lebih cenderung dengan fahaman bahawa jelas hutang perlu dibayar, melainkanlah andai kita berhutang secara bergadai. InsyaAllah tiada dikira hutang andai tidak mampu menuntut semula barang gadaian dengan membayar sejumlah yang telah dijanjikan. Ini berdasarkan keadaan Rasulullah sendiri yang mana baju besi baginda yang digadai tidak sempat baginda tuntut semula sehingga akhir hayat.

Jika kita perhatikan ayat-ayat Quran, sesuatu panduan itu biasanya diberikan pilihan. Contoh hukum qisas. Bunuh, dituntut penggantian dengan nyawa si pembunuh. Itu telah tetap. Bagaimanapun ayat selalunya tidak terhenti setakat itu, tapi ada sambungan; maka boleh dilepaskan sipembunuh andai para waris sanggup memaafkan. Tidak pula ayat berkenaan menceritakan tahap kesucian jika waris enggan memaafkan si pembunuh.

Ada banyak lagi ayat-ayat seumpama yang menetap suatu hukum namun ada pilihan yang lebih baik atau disaran Allah. Contoh dalam soal kahwin hingga 4 isteri. Memang jelas dihalalkan umat Islam untuk berkahwin terhad seramai 4 orang pada satu masa. Bagaimanapun ayat berkaitan meletakkan syarat andai mampu berlaku adil. Pun jika tidak mampu, maka kahwin dengan seorang itu lebih baik.

Samalah dengan soal berhutang. Telah jelas hukum wajib bagi hutang perlu dibayar dan ianya suatu yang dibawa hingga akhirat. Adapun Islam turut sarankan adalah sesuatu yang mulia andai seseorang yang beri hutang boleh lupuskan hutang seseorang, terutama yang meninggal dunia tanpa meninggal harta bertimbun. Pun begitu, menjadi hak si pemberi hutang sama ada kekal menuntut mahupun sebaliknya. Namun tiada dosa anda dia tidak hendak halalkan hutang yang diberi. Mungkin dia turut ada keperluan akan hutang berkenaan. Untuk meletakkan pemberi hutang yang tidak menghalal hutangnya sebagai tidak suci, saya tidak fikir ianya adil. Juga apakah nas sahihnya?

Adapun seseorang muslim itu memasuki syurga adalah atas Rahmat Allah, bukan status kesucian atau kadar dosanya. Soal masuk syurga bukan hak manusia tentukan. Waima kepada guru tasauf, apa yang menjamin dia layak ke syurga? Jadi apa kelayakan untuk kata yang tidak halalkan hutang tidak suci serta tidak layak ke syurga?

Sekadar itu yang pernah sampai kepada saya yang dipelajari. Kefahaman di atas terbatal andai memang ada dalil sahih yang boleh dikemukakan untuk menafikan.

Sendiri hutang sendiri bayarlah..takan nak panggil mak bapak atau opah yang dah pencen tu bayar utang ko orang...akaii ada kaaa


Waullahu'alam.





No comments:

Post a Comment