PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Wednesday

JUDI DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA

بسم الله الرحمن الرحيم



1. Islam
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;
i. Surah al-Baqarah : 219
“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
ii. Surah al-Maidah : 90-91
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
iii. Hadis ;
“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”

2.Kristian
Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31). Di sisi masyarakat Kristian judi juga dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana ia bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa kerana ia menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat tinggal, pekerjaan dan keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi memperolehi wang yang banyak, ia menyebabkan ketagihan, membunuh inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia juga satu aktiviti yang mengambil harta orang lain hanya untuk segelintir manusia.

Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah ‘something for nothing”. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha mereka yang bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28). Memperolehi sesuatu melalui eksploitasi ke atas orang lain adalah salah (James 5:1-4).
Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang mengatakan ‘kamu tidak boleh berjudi tetapi terdapat banyak ayat-ayat yang memberi petunjuk akan pengharaman judi seperti dalam Matthew 7:12. Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians 3:1-3. Rujuk www.studythebible.com/question/topics/gambling.

Pada tahun 1992, The Salvation Army (United Kingdom) mengeluarkan satu keputusan bahawa judi adalah buruk bagi moral dan rohani seseorang. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi

“Since all gambling is motivated by selfishness, it runs counter to the Christian expression of love, respect and concern for others. Often it begins in an apparenty harmless way, but its continued practice tends to undermine the personality and character of the gambler and frequently leads to grosser excesses. Official sanction and public acceptance of this evil is, in the opinion of the Salvation Army, contrary to the Christian principles to which it subscribes and therefore opposes any extension of the provision of facilities for gambling, whether by government agencies, charitable organisations or commercial interests.” Rujuk http://www.salvationarmy.com/

Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari Konvensyen 1954 yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian dari berjudi. Pada tahun 1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican mengeluarkan resolusi yang membantah judi sah dalam bentuk kasino di New Jersey dan pada tahun 1995 pula membantah permainan judi mesin loteri di New Jersey, Amerika. Rujuk www.newark.anglican.org/gambling.html

United Church of Canada, sebuah organisasi gereja Protestan terbesar di Kanada, pada tahun 1998 dalam usaha menentang amalan judi menyeru pemerintah pusat agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membuat penilaian terhadap kesan judi sah, judi haram dan judi kebajikan dari segi sosial, ekonomi dan perundangan. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi

“By calling for a federal inquiry, the church hopes to raise the stakes in what should be a national debate on gambling as a queastion of public social responsibility and not as a question of moral condemnation.” Rujuk www.uccan.org/news/980429.htm

Gereja Presbyterian juga tidak ketinggalan dalam menentang amalan berjudi. Vernon S. Broyles III, seorang paderi gereja berkenaan di Amerika dan editor Majalah Church & Society berkata

“From the very earliest days of United States history, Presbyterian General Assemblies have condemned gambling in all its forms”

3. Buddha
Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

4. Hindu
Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Dan sekarang persoalannya, apakah agama pemimpin Kera-jaan kita hari ini? seseorang pemimpin yg berpegang teguh pd agamanya tidak akan tercetus perkara2 yg x diingini pd org2 bawahan mereka dan rakyat. - gorgondolamedusa

No comments:

Post a Comment