بسم الله الرحمن الرحيم
Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."
KITA
sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk
berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa
kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang
lebih efektif Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda
tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan
ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak. Anak
biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet
yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah
seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Ibu bapa perlu menjadi
model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah
pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar
mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka
kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah
salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka
jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza.
Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua
anak. Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak
melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan
mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin
belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya.
Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak
Adakah
anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil
memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan
sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia
mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat.
Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had
mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada
perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak,
boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian
besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari.
Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai
perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat
memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna
teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa
ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah,
mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali
selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar
tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika
anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara
konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk
menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil
kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga
pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan
produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi
gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."
Aktiviti fizikal
Bilangan
kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa
berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer
adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang,
pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal
secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah
anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda
lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas
merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak
perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks,
bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah
yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah
didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong,
mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap
situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.
PPIM
- United State Of Islam
- Klang, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA
CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU
-
▼
2011
(146)
-
▼
December
(29)
- BERTUDUNG TAPI HANYA HIPOKRIT?
- SIAPA YANG BERANI MENGAKU INI PEMIMPIN MEREKA?...
- 40 BUTA KERANA MEROBOHKAN MASJID
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah akhir)
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah 13)
- SIAPA AWEK CUN INI?
- KUBUR PALING BANYAK DI DUNIA
- ROMPAKAN BERSENJATA: SUSPEK TELAH DITANGKAP POLIS ?
- KALAU TAK HABIS BACA BERMAKNA KURANG SABAR LA TU...
- 24 JAM BERGELUMANG DENGAN DOSA..kalau suami tiada ...
- FITNAH AKHIR ZAMAN
- Buat Rakan Rakan Blogger ku..Links to this post
- KEWUJUDAN JIN, IBLIS DAN SYITAN
- KUBUR ISLAM KE KRISTIAN NI ?
- MANA LEBIH BAIK, KUDA ATAU LEMBU ?
- MENCEGAH ZINA AMANAT UMMAH HINDARI KEMUNGKARAN
- BILA SI BODOH NAK MASUK POLITIK
- DITANGKAP GARA-GARA GIAN RABA PAYU tak DARA
- AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
- PENGORBANAN SEORANG IBU
- MUALLAF
- ' MAK JAN ' JAJA TUBUH MONTOK
- SUNNAH YANG DIABAIKAN : PENGHULU ISTIGHFAR
- AKHIRNYA JUDI HALAL DISISI ISLAM UMNO
- JUDI DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA
- GEJALA SOSIAL, TANGGUNGJAWAB SIAPA ?
- AZAM MENDIDIK ANAK
- PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA
- Benarkah Najib Pemimpin Sederhana?
-
▼
December
(29)
No comments:
Post a Comment