بسم الله الرحمن الرحيم
1. Islam
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan
unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini
kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak
kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi
adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada
nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu,
masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;
i. Surah al-Baqarah : 219
“Mereka
bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah
olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat
bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
ii. Surah al-Maidah : 90-91
“Wahai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata
kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan
judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari
mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan
perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
iii. Hadis ;
“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
2.Kristian
Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai
amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu
pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan
seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament
(Mark 12:31). Di sisi masyarakat Kristian judi juga
dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana ia
bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi
sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa
kerana ia menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat
tinggal, pekerjaan dan keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi
memperolehi wang yang banyak, ia menyebabkan ketagihan, membunuh
inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia juga satu aktiviti yang
mengambil harta orang lain hanya untuk segelintir manusia.
Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah
‘something for nothing”. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha
mereka yang bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28).
Memperolehi sesuatu melalui eksploitasi ke atas orang lain adalah salah
(James 5:1-4).
Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang
mengatakan ‘kamu tidak boleh berjudi tetapi terdapat banyak ayat-ayat
yang memberi petunjuk akan pengharaman judi seperti dalam Matthew 7:12.
Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians 3:1-3. Rujuk
www.studythebible.com/question/topics/gambling.
Pada tahun
1992, The Salvation Army (United Kingdom) mengeluarkan satu keputusan
bahawa judi adalah buruk bagi moral dan rohani seseorang. Sebahagian
dari kenyataan itu berbunyi
“Since all gambling is motivated
by selfishness, it runs counter to the Christian expression of love,
respect and concern for others. Often it begins in an apparenty harmless
way, but its continued practice tends to undermine the personality and
character of the gambler and frequently leads to grosser excesses.
Official sanction and public acceptance of this evil is, in the opinion
of the Salvation Army, contrary to the Christian principles to which it
subscribes and therefore opposes any extension of the provision of
facilities for gambling, whether by government agencies, charitable
organisations or commercial interests.” Rujuk www.salvationarmy.com
Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari
Konvensyen 1954 yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian
dari berjudi. Pada tahun 1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican
mengeluarkan resolusi yang membantah judi sah dalam bentuk kasino di New
Jersey dan pada tahun 1995 pula membantah permainan judi mesin loteri
di New Jersey, Amerika. Rujuk www.newark.anglican.org/gambling.html
United Church of Canada, sebuah organisasi gereja Protestan terbesar
di Kanada, pada tahun 1998 dalam usaha menentang amalan judi menyeru
pemerintah pusat agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membuat
penilaian terhadap kesan judi sah, judi haram dan judi kebajikan dari
segi sosial, ekonomi dan perundangan. Sebahagian dari kenyataan itu
berbunyi
“By calling for a federal inquiry, the church hopes
to raise the stakes in what should be a national debate on gambling as a
queastion of public social responsibility and not as a question of
moral condemnation.” Rujuk www.uccan.org/news/980429.htm
Gereja Presbyterian juga tidak ketinggalan dalam menentang amalan
berjudi. Vernon S. Broyles III, seorang paderi gereja berkenaan di
Amerika dan editor Majalah Church & Society berkata
“From
the very earliest days of United States history, Presbyterian General
Assemblies have condemned gambling in all its forms”
3. Buddha
Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat
kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu
memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya,
disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral
yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia,
menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan
kerabat terhadap seseorang.
4. Hindu
Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan
dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya
nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama
membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya
pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).
Dan
sekarang persoalannya, apakah agama pemimpin Kera-jaan kita hari ini?
seseorang pemimpin yg berpegang teguh pd agamanya tidak akan tercetus
perkara2 yg x diingini pd org2 bawahan mereka dan rakyat. -
gorgondolamedusa
UNTUK
TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA
KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG
KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH
AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PPIM
- United State Of Islam
- Klang, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA
CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU
-
▼
2011
(146)
-
▼
December
(29)
- BERTUDUNG TAPI HANYA HIPOKRIT?
- SIAPA YANG BERANI MENGAKU INI PEMIMPIN MEREKA?...
- 40 BUTA KERANA MEROBOHKAN MASJID
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah akhir)
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah 13)
- SIAPA AWEK CUN INI?
- KUBUR PALING BANYAK DI DUNIA
- ROMPAKAN BERSENJATA: SUSPEK TELAH DITANGKAP POLIS ?
- KALAU TAK HABIS BACA BERMAKNA KURANG SABAR LA TU...
- 24 JAM BERGELUMANG DENGAN DOSA..kalau suami tiada ...
- FITNAH AKHIR ZAMAN
- Buat Rakan Rakan Blogger ku..Links to this post
- KEWUJUDAN JIN, IBLIS DAN SYITAN
- KUBUR ISLAM KE KRISTIAN NI ?
- MANA LEBIH BAIK, KUDA ATAU LEMBU ?
- MENCEGAH ZINA AMANAT UMMAH HINDARI KEMUNGKARAN
- BILA SI BODOH NAK MASUK POLITIK
- DITANGKAP GARA-GARA GIAN RABA PAYU tak DARA
- AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
- PENGORBANAN SEORANG IBU
- MUALLAF
- ' MAK JAN ' JAJA TUBUH MONTOK
- SUNNAH YANG DIABAIKAN : PENGHULU ISTIGHFAR
- AKHIRNYA JUDI HALAL DISISI ISLAM UMNO
- JUDI DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA
- GEJALA SOSIAL, TANGGUNGJAWAB SIAPA ?
- AZAM MENDIDIK ANAK
- PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA
- Benarkah Najib Pemimpin Sederhana?
-
▼
December
(29)
No comments:
Post a Comment