بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi
saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan
solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah
suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar
atau pun tidak. Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah
kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang
hina golongan ini. Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan
keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai
maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan
kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya,
berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di
samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan
diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan
tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba
fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak
sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari
situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat,
dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan
anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian
tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai
seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah,
berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya,
cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang
tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu
sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau
sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan
tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan
seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau
ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips
ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang
tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan
faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula
keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula
hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu
menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan
bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan
doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk
berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas
setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan
perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan
solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri
anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline
boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat
yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa
berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga
menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda
lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif
Fikirkan
diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda
memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya
ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda
menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau
pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah
peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda
telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan
daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari
semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan
sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan
kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin.
Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan
sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan
diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan
semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan
rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan
oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak
berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok
lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita
bersama.
Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.
PPIM
- United State Of Islam
- Klang, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA
CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU
-
▼
2011
(146)
-
▼
December
(29)
- BERTUDUNG TAPI HANYA HIPOKRIT?
- SIAPA YANG BERANI MENGAKU INI PEMIMPIN MEREKA?...
- 40 BUTA KERANA MEROBOHKAN MASJID
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah akhir)
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah 13)
- SIAPA AWEK CUN INI?
- KUBUR PALING BANYAK DI DUNIA
- ROMPAKAN BERSENJATA: SUSPEK TELAH DITANGKAP POLIS ?
- KALAU TAK HABIS BACA BERMAKNA KURANG SABAR LA TU...
- 24 JAM BERGELUMANG DENGAN DOSA..kalau suami tiada ...
- FITNAH AKHIR ZAMAN
- Buat Rakan Rakan Blogger ku..Links to this post
- KEWUJUDAN JIN, IBLIS DAN SYITAN
- KUBUR ISLAM KE KRISTIAN NI ?
- MANA LEBIH BAIK, KUDA ATAU LEMBU ?
- MENCEGAH ZINA AMANAT UMMAH HINDARI KEMUNGKARAN
- BILA SI BODOH NAK MASUK POLITIK
- DITANGKAP GARA-GARA GIAN RABA PAYU tak DARA
- AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
- PENGORBANAN SEORANG IBU
- MUALLAF
- ' MAK JAN ' JAJA TUBUH MONTOK
- SUNNAH YANG DIABAIKAN : PENGHULU ISTIGHFAR
- AKHIRNYA JUDI HALAL DISISI ISLAM UMNO
- JUDI DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA
- GEJALA SOSIAL, TANGGUNGJAWAB SIAPA ?
- AZAM MENDIDIK ANAK
- PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA
- Benarkah Najib Pemimpin Sederhana?
-
▼
December
(29)
No comments:
Post a Comment