Salam
Bukan
mudah hendak dapatkan syurga Allah. Kalau hidup kita hanya menunaikan
yang wajib atas diri kita sahaja contoh solat wajib, puasa, pergi kerja
balik kerja, tunai haji dll belum tentu syurga menjadi jaminan…
Setiap
orang islam wajib berdakwah terhadap manusia bermula diri sendiri,
keluarga, teman dan rakan dari agama lain. Yang utama jalankan
tanggungjawab yang diamanahkan contohnya sebagai anak kepada parent,
parent kepada anak, hak jiran, KETUA UNIT/ CAWANGAN /SEKSYEN terhadap
staf dan ketua2 lain.
Jadi moral of this story mulakan dakwah
anda walaupun terhadap orang islam terutama melayu islam (islam ikutan)
kemudian sambil itu berdakwahlah terhadap rakan bukan islam dengan
menunjukkan moral islam dari diri kita.
ANDA KENA SABAR MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.
semua benda kita buat dengan penuh suka akan menjadi mudah dan semua benda kita buat dengan penuh menyampah akan jadi susah.
Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku
punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM,
aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali
hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati
dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri
kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya
kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru
Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim
juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya
kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit
dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau
telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya
khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu
pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah
menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa
dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari
yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini
dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang".
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa
kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat
keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya
untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama
berada di perantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?
. Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku,
Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi,
mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku
kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di
Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku
terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api
neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga
aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni
sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan
non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh
Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu
bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri,
kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan
Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam
aku.
Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni
tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah
nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong Agama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini
kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan
satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa
yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir
selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa
pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas
berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi
pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan
dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu
semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam
selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk
adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam
tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang
pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. - Taman2Syurga
PPIM
- United State Of Islam
- Klang, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA
CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU
-
▼
2011
(146)
-
▼
December
(29)
- BERTUDUNG TAPI HANYA HIPOKRIT?
- SIAPA YANG BERANI MENGAKU INI PEMIMPIN MEREKA?...
- 40 BUTA KERANA MEROBOHKAN MASJID
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah akhir)
- 42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah 13)
- SIAPA AWEK CUN INI?
- KUBUR PALING BANYAK DI DUNIA
- ROMPAKAN BERSENJATA: SUSPEK TELAH DITANGKAP POLIS ?
- KALAU TAK HABIS BACA BERMAKNA KURANG SABAR LA TU...
- 24 JAM BERGELUMANG DENGAN DOSA..kalau suami tiada ...
- FITNAH AKHIR ZAMAN
- Buat Rakan Rakan Blogger ku..Links to this post
- KEWUJUDAN JIN, IBLIS DAN SYITAN
- KUBUR ISLAM KE KRISTIAN NI ?
- MANA LEBIH BAIK, KUDA ATAU LEMBU ?
- MENCEGAH ZINA AMANAT UMMAH HINDARI KEMUNGKARAN
- BILA SI BODOH NAK MASUK POLITIK
- DITANGKAP GARA-GARA GIAN RABA PAYU tak DARA
- AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
- PENGORBANAN SEORANG IBU
- MUALLAF
- ' MAK JAN ' JAJA TUBUH MONTOK
- SUNNAH YANG DIABAIKAN : PENGHULU ISTIGHFAR
- AKHIRNYA JUDI HALAL DISISI ISLAM UMNO
- JUDI DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA
- GEJALA SOSIAL, TANGGUNGJAWAB SIAPA ?
- AZAM MENDIDIK ANAK
- PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA
- Benarkah Najib Pemimpin Sederhana?
-
▼
December
(29)
No comments:
Post a Comment