PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

Tuesday

ROMPAKAN BERSENJATA: SUSPEK TELAH DITANGKAP POLIS ?

BUAT TEMAN2KU DI JAYMART SENTIASA BERHATI HATI HENDAKNYA

Polis telah menangkap lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Alam,baru-baru ini.Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu.Ketua Polis Selangor,Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata,susulan itu,satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.

“Kira-kira jam 11 malam,seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Sh Melaporkan Menurutnya,polis turut merampas,motosikal curi,topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan.Sementara itu, dalam kejadian pertama,28 Ogos lalu,suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube.



Dalam rakaman itu,lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita.Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran.

Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata,polis sedang mengesan seorang lelaki,S Veeramuthu berumur 19 tahun berasal dari Kapar,bagi membantu siasatan.Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - SH

No comments:

Post a Comment