PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU

Monday

RAKYAT MALAYSIA MENGHIANATI ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم



BOYCOTT ISRAEL

ANGGOTA pasukan keselamatan Hamas mengawal penunjuk perasaan membantah tindakan Mesir membina sekatan keluli bawah tanah yang memisahkan Gaza dengan wilayah Mesir, kelmarin.


Masyarakat antarabangsa gagal desak Israel tamatkan sekatan


BAITULMAQDIS: Sekumpulan 16 pertubuhan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International dan Oxfam, semalam berpendapat dunia sebenarnya 'mengkhianati' penduduk Gaza apabila mereka gagal mendesak Israel menamatkan sekatan di kawasan diperintah Hamas itu.

"Masyarakat antarabangsa sebenarnya mengkhianati rakyat Gaza kerana tidak berupaya melaksanakan tindakan berkesan bagi menamatkan sekatan Israel yang menghalang pembinaan semula dan pemulihan di kawasan berkenaan," kata satu laporan.

Setakat ini, Israel dan Mesir hanya membenarkan bantuan kemanusiaan kepada wilayah berkenaan sejak Hamas merampas kuasa pada Jun 2007.

"Bukan Israel saja yang menindas rakyat Gaza melalui sekatan yang menghukum semua orang yang tinggal di sana semata-mata kerana perbuatan segelintir orang.

"Kuasa dunia juga gagal dan malah mengkhianati rakyat biasa Gaza. Mereka pernah menggenggam tangan dan mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak mampu mengambil langkah bermakna bagi mengubah dasar yang menghalang pembinaan semula kawasan berkenaan," kata Jeremy Hobbs, Pengarah Eksekutif Oxfam International.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Israel kini hanya membenarkan 41 muatan penuh lori bagi membawa bahan binaan ke Gaza sejak peperangan yang memusnahkan kawasan berkenaan selama 22 hari yang dilancarkan oleh negara Yahudi itu hampir setahun lalu yang berakhir dengan gencatan senjata yang dipersetujui bersama pada 18 Januari lalu.

"Hanya sedikit daripada pemusnahan besar yang menimpa rumah, infrastruktur dan perkhidmatan awam, ladang serta perniagaan dapat diperbaiki kerana kekurangan bahan," kata laporan berkenaan.

Kira-kira 1,400 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam peperangan itu, yang meratakan sebahagian besar bumi Gaza, sebuah wilayah miskin di mana majoriti besar penduduknya bergantung pada bantuan asing.

Israel menguasai semua tempat kecuali kawasan sempadan Gaza, iaitu terminal Rafah dengan Mesir, yang jarang dibuka oleh Kaherah.


"Orang sakit, mereka yang berada dalam keadaan trauma dan penduduk miskin dihukum oleh dasar kejam dan haram oleh pihak berkuasa Israel," kata Pengarah Amnesty International United Kingdom, Kate Allen. AFP

Rakyat Malaysia dan pemerintah negara juga menghkhianati penduduk Palestin kerana berurusan dengan syarikat zionis seperti Mc Donald, Nestle, Danone, Dumex, Starbuck, Tesco, Carefor, Coca Cola, Jonhson n Johnson dan banyak lagi syarikat musuh Islam itu yang menjadi nadi/ penyambung ujudnya negara haram yahudi tersebut..

Adakah anda juga terlibat ?


Tunggulah soalan ini di depan Allah Rabbul Jalil nanti...!!!


Betulkah darurat? Nampak macam enjoy sungguh,...

ITTAQULLAH BUKAN RUKUN KHUTBAH JUMAAT ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Luahan seorang khatib

Artikel ini ditulis sebagai jawapan saya terhadap kekeliruan yang ditimbulkan ketika saya menjadi khatib Jumaat di salah sebuah masjid di negeri Pulau Pinang. Kononnya rukun khutbah tidak sempurna tanpa mengucapkan lafaz ittaqullah dalam bahasa Arab.
………………………………………………………………………………

Memandangkan mereka yang mengkritik saya tidak langsung menggunakan hujjah daripada al-Qur’an mahupun As-Sunnah, sekadar bersandarkan kepada mazhab Asy-Syafi’e, maka penjelasan saya dalam artikel ini hanya menyentuh tentang pandangan sekitar mazhab Syafi’e sahaja tanpa mengambil kira kekuatan dalil. Mungkin pihak yang mengkritik saya tidak membaca nukilan ini, namun mudah-mudahan ia dapat membantu kita bersama dalam usaha untuk mencambahkan pengetahuan.

Saya akan menjawab tiga persoalan dalam artikel ringkas ini :

1)Adakah diwajibkan dalam mazhab Asy-Syafi’e untuk mengucapkan setiap rukun khutbah dalam bahasa Arab?

2)Adakah lafaz ittaqullah merupakan salah satu daripada rukun khutbah dalam mazhab asy-Syafi’e ataupun al-Wasiyyat bittaqwa (berpesan untuk bertaqwa kepada Allah)?

3)Adakah Al-Wasiyyatu bittaqwa ditentukan dengan lafaz ittaqullah sahaja ataupun lafaznya tidak ditentukan?

Persoalan utama yang perlu diberi perhatian dan menimbulkan kekeliruan adalah adakah kesemua rukun khutbah mesti diucapkan di dalam bahasa Arab ataupun boleh diucapkan dalam bahasa lain.

Persoalan ini dijawab oleh mufti al-Azhar Atiyyah Saqar ketika beliau diajukan persoalan berkenaan membaca khutbah dalam bahasa selain daripada bahasa Arab. Beliau menjawab :

Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa diharuskan khutbah dengan selain bahasa Arab sekalipun orang yang berkhutbah menguasai bahasa Arab, dalam keadaan sama ada jemaah merupakan orang Arab ataupun selain Arab.

Imam Ahmad pula mensyaratkan khutbah dalam bahasa Arab seandainya khatib menguasai bahasa Arab, sekiranya khatib lemah dalam bahasa Arab, maka hendaklah ia berkhutbah dengan bahasa lain sama ada di hadapan jemaah Arab ataupun bukan Arab. Tetapi Ayat al-Qur’an yang merupakan salah satu daripada rukun dalam kedua-dua khutbah tidak diharuskan dalam selain bahasa Arab. Jika tidak mampu hendaklah khatib menggantikan ayat al-Qur’an dengan apa sahaja zikir yang diketahuinya dalam bahasa Arab. Sekiranya dia tidak mampu juga, hendaklah dia diam seketika pada kadar membaca satu ayat al-Qur’an.



Imam asy-Syafie’ pula mensyaratkan supaya kesemua rukun khutbah mesti diucapkan dalam bahasa Arab sekiranya khatib mampu mempelajarinya. Sekiranya tidak mampu, maka dia boleh berkhutbah dengan selain daripada bahasa Arab. Hukum ini adalah seandainya jemaah terdiri daripada orang Arab. Tetapi sekiranya mereka tidak terdiri daripada orang Arab, tidak disyaratkan langsung untuk mengucapkan rukun khutbah dalam bahasa Arab meskipun khatib mampu mempelajarinya kecuali ayat Al-Qur’an hendaklah diucapkan dalam bahasa Arab. Sekiranya khatib tidak mampu, hendaklah dia menggantikan ayat al-Qur’an dengan mengucapkan apa sahaja zikir ataupun doa’ dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu juga, maka hendaklah dia diam sebentar pada kadar membaca satu ayat al-Qur’an. Adapun ayat al-Qur’an yang diterjemah ke dalam bahasa lain tidak dianggap menyempurnakan rukun khutbah. Adapun selain daripada rukun khutbah, tidaklah disyaratkan mengucapkannya dalam bahasa Arab.

WANITA DAN AURATNYA


Malaikat Maut Pun Pening Dgn Depa Ni 

"Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah.


Sebagai seorang ustaz dan pendakwah saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam. Artikel ini sebagai perkongsian bersama untuk mencari kebenaran tentang perkara yang hak dan perkara yang batil. Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.


Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.


Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.


Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.


Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.


- http://asshafiee.blogspot.com

16 KATEGORI MANUSIA YANG TIDAK DAPAT MENATAP WAJAH ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25\
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.


Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :


1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :


إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)--- آل عمران : 77


Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya


2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :


“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”


Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.


3. Orang Tua yang Berzina

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:


“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”


Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.


4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)


5. Orang miskin yang takabbur


6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.


7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda


”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)


8. Penderhaka Ibu Bapa


Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:


“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii


9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي


10. Orang Lelaki yang Dayyuth


Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah


Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.


11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi


12. Pengamal Seks Abnormal


Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .


13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).


Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau

المسبل إزاره المختال في مشيته

“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”


15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :


Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.


16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

KENAPA UMAT ISLAM MELONTAR BATU DI JAMRATUL ULA, WUSTA DAN AQABAH ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah?


Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:


Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih


(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutny a)

Jamratul

"The obelisk symbolized the sun god Ra, or Re, and during the brief religious reformation of Akhenaten was said to be a petrified ray of the Aten, the sundisk. It was also thought that the god existed within the structure."


Obelisk diasaskan dari "Sun Pillar" seperti ini:

";Sun Pillar"
Bentuknya boleh digambarkan sebagai satu tiang yang bersegi empat dengan piramid kecil pada puncaknya. Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:


Egypt (8 buah):
* Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor


* Pharaoh Ramses II, Luxor Temple


* Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor


* Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo


* Pharaoh Ramses III, Luxor Museum


* Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m


* Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m


* Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m


France (1 buah):


* Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris


Israel (1 buah):


* Caesarea obelisk


Italy (11 buah, termasuk sebuah yang terdapat di Vatican City):


* 8 di Rome


* Piazza del Duomo, Catania (Sicily)


* Boboli Gardens (Florence)


* Urbino


Poland (1 buah):


* Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)


Turkey (1 buah):


* Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul


United Kingdom (4 buah):


* Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London


* Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham


* Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset


* Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London


United States (1 buah):


* Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York


Ketamadunan yang terlibat dalam penggunaan obelisk ini ialah:


* Egypt


* Assyria


* Axumite/Ethiopian


* Ancient Roman


* Byzantine


* Keralian


* Pre-Columbian


Obelisk aka Cleopatra’s Needle berdiri megah di:

                             London (kelihatan dua sphinx seolah2 sedang "guard" obelisk tersebut)

                                                                          Paris, France

                                                               Central Park, New York

                                                     Alexandria, Egypt (dari zaman Firaun)

                                            Washington Monument (menghadap White House)


Rome, Italy (Penganut Kristian sendiri pun tidak tahu yang agama mereka telah di manipulasi oleh Iblis)

              Istanbul, Turkey (jika tidak silap , ianya terletak bersebelahan dengan Hagia Sophia)


Dublin, Ireland

                                 Original obelisk dari zaman Firaun (terletak di Temple of Karnak)

                                                                Buenos Aires, Argentina

SEMUA KEPERCAYAAN, GAYA HIDUP, PEMAHAMAN, BAWAAN, DAKWAH, MEDIA HIBURAN DAN SEBAGAINYA DARI BARAT IALAH HASIL DARI "SERAPAN" AGAMA PAGAN (PENYEMBAH BERHALA)

TOLONGLAH FIKIRKAN WAHAI IBU BAPA...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم




Rumahtangga & Keluarga Islam : Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.


Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya


"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"


Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata


"kita kena kembali kepada Islam"


Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.


"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.


"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"


Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.


"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"


"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.


Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.


Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.


JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN


Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.


Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah. Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan. Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.


Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.


Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.


"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"


Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.


Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.


WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA


"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.


Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama. Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.


Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.


Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi. Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.


"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"


Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:


"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"


Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.


Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.


Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.


Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.


Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh


"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"


Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.


Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.


TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA


Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.


Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :


"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"


"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"


"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut


"Ehhh nanti-nanti! , mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.


Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking. Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya. Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja. Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah. Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan..


Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja. Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah. Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.


Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.


KESIMPULAN


Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak. Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.


Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.


Dipetik dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pakar rujuk masyarakat di Malaysia khasnya dalam bidang Ekonomi/Pelaburan Islam.


http://www.zaharudd in.net

KENAPA KITA SUSAH NAK MAJU DAN ILMU PAYAH BERKEMBANG ?


                                                                    Assalamualaikum..





Hari ni aku nak cerita berkenaan dgn ilmu. Bukan ilmu hitam tp ilmu putih. hehehe... Bagaimana ilmu itu dikembangkan. Ilmu.. x kiralah dari ilmu duniamaupun ilmu akhirat. Dari ilmu mcmana nak hidup hinggalah ilmu nak mati.. Ilmu boleh kita timba dari pelbagai sumber dan cara. Melihat, mendengar dan melakukan. Ilmu berpunca dari Yang 1. Iaitu dari Allah diturunkan kepada umat manusia.Kemudian ilmu itu dkembangkan melalui penulisan dan pesanan dari sesuatu dan seseorang kepada sesuatu dan seseorang yg lain. kemudian terus berkembang menjadi beberapa bahagian.






Dalam islam sendiri banyak di tekankan agar kita menyebarkan ilmu yg baik untuk dikongsikan bersama.ini adalah amalan yg dituntut dalam islam itu sendiri. Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


“ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”


(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)


Huraian


Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.


Maksudnya disini satu2 ilmu itu penting untuk disampai2kan. Agar ia dpt di manfaatkan oleh mereka2 yang lain selepas kita, Agar mereka terhindar dari membuat banyak kesilapan.


Zaman dah berubah sekarang. Dulu ilmu disampaikan melalui media cetak spt buku2 akhbar dan bnyk lagi dan media elektronik spt tv serta radio. Maksudnya disini dahulunya sesuatu berita atau ilmu itu lambat sampai kepada kita. Bermakna kita ketinggalan berbanding negara2 maju yang lain.X perlu kita bandingkan dengan Amerika negara yg mula2 mencipta internet yang bermula pada tahun 1962. Cukup sekadar kita bandingkan dgn negara jiran seperti indonesia yg maju dua tahun dari negara kita.Internet di perkenalkan di malaysia sekitar tahun 1996. Namun begitu tanpa kita sedari sudah hampir 13 tahun kita memiliki satu media infomasi yg gitu. Sesungguhnya internet membuatkan satu2 ilmu tersebar dengan begitu pantas.Peringkat kematangan kita jua sudah berubah dgn adanya info globalisasi ini. Kita lihat dari sudut positif. Apa jua info hanya dihujung jari. search dan dpt jawapan dari setiap persoalan. Kita tidak begitu hairan bila kita mendengar berita, hacker dari negara2 barat kebanyakan darinya berumur belasan tahun. tidak kurang juga di negara jiran kita, Indonesia. Namun di malaysia begitu kurang bilangannya.


Aku bukan nak cerita tantang hacker. Persoalannya mengapa boleh jadi begitu? Berbalik kepada perbincangan asal entri ni. Puncanya kerana sesuatu ilmu itu tidak dikongsi bersama. Yang seharusnya kita semua mesti berfikiran terbuka.. biar kita dan negara sama2 maju. inilah usaha kecil kita untuk menyampaikan ilmu pada org lain.. nak suruh bagi duit memang xder la kan..Ia berkaitan dengan sikap. Ini sebenarnya point yg aku nak aku tekankan. Contoh mudah.. para bloggers misalnya. Mereka menyampaikan sesuatu info dan ilmu itu melalui blognya. Memandangkan dengan keadaan waktu sekarang, blog boleh dikatakan menjadi satu sumber info yang boleh dikira penting. X kira la blog tu memberi info berkenaan perniagaan, politik, isu2 semasa ataupun berkenaan pengalaman peribadi seseorang dan sebagainya. Ini semua boleh kita ambil dan di jadikan sebagai rujukan dan sumber ilmu.Tujuannya ialah supaya kita menjadi lebih maju dan bersifat berdaya saing. Namun masalahnya disini ialah bloggers2 itu sendiri. Dari pemerhatian aku yg x power ni la.. bloggers2 kita ni (bukan semua) nampak mcm kolot sikit. Aku maksudkan kepada bloggers2 yg postingnya x boleh nak dicopy. X seperti bloggers2 indonesia, jauh sekali nak dibandingkan dgn bloggers2 barat. Mereka tidak pernah menghadkan pelawat2 blog mereka untuk membaca seterusnya untuk copy segala posting2 mereka.


Tetapi tidak begitu pada bloggers2 kita. Ada sesetengahnya blog mereka ni aku tgk memang bagus.. banyak info2 yang boleh dikongsi bersama.Namun bloggers kita nampak seperti kurang cerdik. Suruh org melawat blog mereka, kemudian x boleh copy posting mereka. Alasan x berapa pandai mereka ialah blog mereka bersifat peribadi. Klau dah tau peribadi tu awatnya kasi org baca? Sedangkan banyak bahan dalam blog mereka pun hasil dari pengopian dari sumber blog atau website org lain. Ada sesetengahnya tu pula kata bukan x kasi copy, tp kena la minta izin dulu. Ya betul..Aku x nafikan tentang itu. Bagaimana pula klau pemilik blog tu sebulan sekali baru update blognya? apa.. kita ni semua dah x payah la nak buat kerja lain ke. 24 jam sehari on line menunggu jawapan keizinan untuk mengopy posting mereka. Itu kira bagus klau hidup lagi.. klau blogger tu dan mati mcmana? x boleh la kita ambil apa2 ilmu dari blog dia lagi sbb dah x dpt minta izin lagi. Perghhh.. memang best laa... Bila kita komen pasal blog mereka, kenapa x kasi org copy entri2 mereka.. kita pula yg di soundnya.. " x tau etika berblog ker..?" Aku malas la nak cerita pasal etika ni.. Siapa yg tentukan etika ni? Etika hukum yg Allah gariskan pun ramai yang langgar semacam jer.. pastu nak sembang lebih pasal etika berblog. poodahhh....


Satu lagi jenis org yg bila kita copy jer bahan dari blog dia, lepas tu terus jer dia block kita dari masuk blog dia. hehehe.. Korang rasa dia ni seorang yang bijak x? bagi aku blogger ni buat lawak.. mana x lawaknya.. dengan secara langsung siapa yg kena blog x boleh nak masuk pada page blog dia.. bistu siapa yg nak baca blog dia ? nak suruh hantu baca ke? memang best la bloggers malaysia ni.. Tu x kira lagi yg menetapkan syarat lagi tu... contohnya.. "nak copy boleh tp sikit je dan sertakan link blog ni.." ataupun ayatnya berbunyi begini.. "boleh copy tp jgn lupa sertakan link blog ini klau tidak aku block korang dari masuk blog aku". Tu x cerita lagi yang disablekan right klick tu..


Ikhlas ke klau mcm tu? Tu aku bagi contoh sikit jer tu, banyak lagi syarat marat yg di kenakan bergantung sejauh mana ketidakmatangan bloggers tu sendiri. Nampak sgt x matang .. perangai mcm budak2 x cukup akal..Tp tengok gambar kat profile masing2 dah tua.. Lagi aku xboleh blah bila tgk banyak dari mereka2 ni bukan guna domain dan hosting sendiri pun. masih bersetinggan pada blogspot atau wordpress jugak.. dah la free.. pun ada hati nak berlagak? Aku rasa mcm bloggers malaysia ni (x semua) kolot dan jakun laa..Di sini jer kita boleh nampak apa tujuan seseorang tu buat blog. Adakah untuk menyampaikan2 ilmu tu kerana Allah, atau just nak belagak nak tunjuk kat org bahawa blog mereka kununnya mcm best jer? Macamana la malaysia ni nak maju dari sudut ilmu. Yang ada ilmu sikit2 pun kedekut. simpan nak bawak masuk kubur agaknya. tp tu la kan, mcm aku kata tadi inilah bloggers kita. mcmana kita nak maju klau berperangai mcm ni. suka pentingkan diri sendiri.. ada ilmu x kasi org tiru. . ingat tulis blog ni just nak buat berlagak ke? just nak tunjuk kita ada yg org lain xder..? kita tengok saja bloggers2 barat.. atau paling tidak pun bloggers indon. korang tengok la, dia org suka bagi2, sebar dan kongsi ilmu dia kat org lain. aku jelous la tgk bloggers dia org. Tp di malaysia kerana ada bloggers2 yg x berapa matang mcm ni la, kita susah nak maju dan bersaing dgn org lain.


So untuk bloggers malaysia ni yg xnak kasi org copy bahan2 dlm blog anda, xpayah la nak buat blog. Simpan jer bahan2 yg korang copy tu dalam computer korang je. Klau rasa nak maju dan bersaing dalam acara keilmuan kena la advancekan minda. klau dok bawah tempurung jer jgn rasa mcm diri tu bagus sgt.


Mungkin ramai yg terasa atau x terima pendapat aku ni. But its ok.. klau rasa diri x boleh kena tegur terpulang. Klau rasa kamu bloggers hebat silakan. Tapi tanyalah diri tu sendiri.. apakah tanggungjawab korang kepada agama, bangsa dan tanahair? buatlah kebaikan dgn cara kita sebagai bloggers walaupun ia sebesar zarah. Banyak ayat al-Quran yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya, kerana dengannya akan membawa kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan. untuk masyarakat maupun diri sendiri.


Lastly sebuah hadis untuk renungan bersama.


"Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan


beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat." (al-Haj:77)


Al-Quran menegaskan mereka yang berbuat kebaikan walaupun seberat zarah akan dilihatnya, sebagaimana dijelaskan melalui surah al-Zalzalah.Dalam kitab al-Muwatta' diriwayatkan satu hadis bermaksud: "Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a dan di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang: Ambil sebutir dan berikan kepadanya! Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan. Maka Aisyah pun berkata: Apakah engkau hairan! Berapa bezanya antara sebiji ini dengan sebesar zarah. Setiap amalan baik yang dihulurkan kepada manusia, bahkan kepada haiwan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini, sekalipun kecil adalah diredai Allah. Melemparkan wajah yang manis, senyum bila bertemu, hatta membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan dan memulakan langkah ke masjid adalah kebaikan.




Wallahualam.


Wassalam.

APA YANG BOLEH ANDA KATA DENGAN FESYEN MENUTUP AURAT BEGINI?

Hanya tenok dan beruang saja akan berpakaian sebegini.tapi kalau tenok dengan beruang tu di bagi akal,tak mungkin ia akan berpakaian sebegini

Saturday

Hukum isteri meminta cerai

Soalan :
Apakah hukumnye isteri minta cerai dari suami?


Apakah perlu saya lakukan sekiranya isteri saya meminta cerai?


Adakah perkataan seperti "abang lepaskanlah saya" itu sama dengan meminta cerai? Harap bantu. Sekian terima kasih..


Jawapan : Hukum isteri meminta cerai daripada suami tanpa alasan yang tidak menepati syarak adalah haram.Suami hendaklah menceraikan isterinya jika isteri tidak dapat lagi hidup bersama dan tidak wujud lagi persefahaman di antara kedua-duanya.Perceraian hendaklah diuruskan mahkamah syariah yang berhampiran.Perkataan yang diucapkan oleh isteri berkenaan adalah lafaz yang menunjukkan minta cerai kepada suaminya.Sekiranya boleh berdamai diantara isteri, maka lakukanlah yang terbaik sekali demi anak-anak dan rumahtangga yang dibina..

apakah hukum nye jika suami mentalak kan isteri nye dengan cara sms?

Jawapan : Hukum suami mentalakkan isteri melalui SMS adalah harus dan hendaklah mendapat pengesahan daripada mahkamah syariah yang berdekatan.Walaubagaimanapun perbuatan sedemikian adalah dianggap tidak mempunyai etika dan beradab mengikut tuntutan ajaran Islam. Ini kerana al-Quran menyuruh suami jika hendak menceraikan isterinya hendaklah dengan cara yang baik yang tidak menyakiti hati isteri.Lakukanlah sepertimana mula-mula kita menguruskan perkahwinan ataupun seumpamanya.


Tempoh nafkah seorang isteri selepas bercerai

Soalan :
1. apakah hak seorang isteri yang diceraikan..?

sampai bila suami perlu memberi nafkah untuk anak dan isteri yang telah diceraikannya.


Jawapan :
Menyediakan tempat tinggal adalah salah satu nafkah yang wajib disediakan oleh suami mengikut kadar kemampuannya. Kalau dia mampu menyediakan rumah berasingan dengan ibubapanya, maka dia wajib melakukan sedemikian. Dalam masalah puan ini, puan wajib mengikut kehendak suami yang inginkan mereka tinggal bersama demi kebaikan ibubapanya.


Perlu diingat bahawa di antara faktor yang menyebabkan berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham di antara suami isteri berpunca daripada tinggal bersama ibubapa. Ini boleh dilihat bahawa 65 % daripada jumlah perceraian disebabkan faktor ini. Oleh itu, kepada suami-suami dinasihatkan agar mengambilkira perasaan isteri yang tinggal bersama mertua untuk mengelakkan dari berlakunya fenomen pergaduhan dan seumpamanya dalam rumahtangga disebabkan perkara tersebut.

Suami wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya sehingga anak-anaknya itu boleh berdikari dan telah berkahwin sementara nafkah untuk isteri ialah selama 3 bulan 10 hari sahaja...

bolehkah suami menuntut fasakh? jelaskan berdasarkan hukum syarak dan undang-undang..

Jawapan : Suami tidak boleh menuntut fasakh tetapi ia dikhaskan kepada isteri sahaja dengan alasan-alasan
 i- suami tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih dari satu tahun
 ii- suami cuai atau tidak memberi nafkah selama tempoh 3 bulan



iii- suami telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih



iv- suami tidak memberi nafkah batin selama tempoh 1 tahun



v- suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan



vi- suami telah gila selama tempoh 2 tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan berjangkit



vii- suami menganiayai isteri antara lain :


a- berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji menurut Hukum Syarak


b- cuba memaksa isteri hidup secara lucah


c- melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta


d- menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan dan amalan agama



viii- suami sengaja enggan menyetubuhi isteri sehingga berlalu tempoh masa 4 bulan..

Muqaddimah Surat Ash Shaaffaat

Surat Ash Shaaffaat terdiri atas 182 ayat termasuk golongan surat Makkiyyah diturunkan sesudah surat Al An'aam. Dinamai dengan Ash Shaaffaat (yang bershaf-shaf) ada hubungannya dengan perkataan Ash Shaaffaat yang terletak pada ayat permulaan surat ini yang mengemukakan bagaimana para malaikat yang berbaris di hadapan Tuhannya yang bersih jiwanya, tidak dapat digoda oleh syaitan. Hal ini hendaklah menjadi i'tibar bagi manusia dalam menghambakan dirinya kepada Allah.

Pokok-pokok isinya

1. Keimanan
Dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah; adanya hari berbangkit; adanya padang mahsyar dan adanya hari kiamat; malaikat-malaikat selalu bertasbih kepada Allah.
2. Kisah-kisah
Kisah Nuh a.s.;Kisah Ibrahim a.s.; dan Ismail a.s.; kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Ilyas a.s.; kisah Luth a.s.; kisah Yunus a.s.
3. Dan lain-lain
Sikap orang-orang kafir terhadap Al Quran; tuduh menuduh antara orang-orang kafir dengan pengikut-pengikutnya di hari Kiamat; kenikmatan di surga; tentang pohon zaqqum;celaan terhadap orang-orang yang mengatakan bahwa Allah beranak; seorang yang baik belum tentu menurunkan keturunan yang baik pula.

Penutup

Surat ini mengemukakan tentang ke-Esaan Tuhan dan dari bukti-bukti tersebut dapat diambil kesimpulan bahwa tauhid akan menang. Dari kisah-kisah yang dikemukakan surat ini dapat diambil kesimpulan bahwa kaum yang menentang rasulnya akan hancur. Begitu pula halnya dengan kaum musyrik Mekah yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. akan mengalami kehancuran.


HUBUNGAN SURAT ASH SHAAFFAAT DENGAN SURAT SHAAD


1. Dalam surat Ash Shaaffaat disebutkan kisah para nabi, sedang surat Shaad menyebutkan kisah nabi-nabi yang belum disebutkan pada surat Ash Shaaffaat, seperti kisah Daud a.s. dan Sulaiman a.s. dan lain-lain.

2. Dalam surat Ash Shaaffaat diterangkan bahwa orang-orang musyrik sebelum diutusnya Rasulullah s.a.w. selalu mengatakan, andaikata mereka mempunyai sebuah kitab pemberi peringatan di antara kitab-kitab yang telah diturunkan kepada orang-orang dahulu, mereka akan taat sedang dalam surat Shaad ditegaskan bahwa Al Quranlah kitab yang lebih sempurna yang seharusnya mereka taati andaikata mereka jujur dalam pengakuannya itu.

3. Dalam surat Ash Shaaffaat diterangkan bahwa sesudah datang kepada orang-orang musyrik Mekah Al Quran yang memberi peringatan tetapi mereka mengingkarinya, sedang dalam surat Shaad diterangkan sebab-sebab keingkaran mereka.






Muqaddimah Surat Yaasiin

Surat Yaasiin terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Jin. Dinamai Yaasiin karena dimulai dengan huruf Yaasiin. Sebagaimana halnya arti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surat Al Quran, maka demikian pula arti Yaasiin yang terdapat pada ayat permulaan surat ini, yaitu Allah mengisyaratkan bahwa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahwa Muhammad s.a.w. benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.



Pokok-pokok isinya:
1. Keimanan:

Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

2. Kisah:

Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah.

3. Dan lain-lain:

Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang- bintang di cakrawala berjalan pada garis edar yang telah ditetapkan Allah; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah menghibur hati Rasulullah s.a.w. terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

Penutup
Surat Yaasiin mengemukakan tentang Al Quran, kanabian Muhammad, menegaskan adanya hari berbangkit disertai bukti-buktinya baik bukti-bukti alamiyah maupun bukti-bukti akliyah; kemudian mengemukakan beberapa perumpamaan diantaranya dengan mengemukakan kisah utusan-utusan Nabi Isa Almasih a.s dengan penduduk Anthakiyah. Kesemuanya dikemukakan sebagai penghibur hati Rasulullah s.a.w. dan untuk menambah keyakinan orang-orang yang beriman yang sedang mengalami tekanan-tekanan dari kaum musyrikin.


HUBUNGAN SURAT YAA SIIN DENGAN SURAT ASH SHAFFAAT

1. Pada surat Yaa Siin disebut secara umum tentang umat-umat yang telah dihancurkan Allah karena ingkar kepada-Nya, sedang surat Ash Shaffaat menjelaskannya dengan menyebut kisah-kisah Nuh a.s., Isa a.s. dengan kaumnya.

2. Pada akhir surat Yaasiin disebut secara umum keadaan orang-orang mukmin dan orang-orang kafir di hari kiamat, sedang surat Ash Shaffaat menjelaskannya.

3. Pada surat Yaasiin disebutkan tentang kekuasaan Allah membangkitkan manusia dan menghidupkannya kembali, karena Dia-lah yang menciptakan mereka dan Dia-lah yang menghendaki demikian, sedang surat Ash Shaffaat menjelaskan lebih luas dengan mengemukakan contoh-contoh yang berhubugnan dengan itu.











Muqaddimah Surat Faathir

Surat Faathir terdiri atas 45 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Al Furqaan dan merupakan surat akhir dari urutan surat-surat dalam Al Quran yang dimulai dengan Alhamdulillah. Dinamakan Faathir (pencipta) ada hubungannya dengan perkataan Faathir yang terdapat pada ayat pertama pada surat ini. Pada ayat tersebut diterangkan bahwa Allah adalah Pencipta langit dan bumi, Pencipta malaikat-malaikat, Pencipta semesta alam yang semuanya itu adalah sebagai bukti atas kekuasaan dan kebesaran-Nya. Surat ini dinamai juga dengan surat Malaikat karena pada ayat pertama disebutkan bahwa Allah telah menjadikan malaikat-malaikat sebagai utusan-Nya yang mempunyai beberapa sayap.

 Pokok-pokok isinya:

1. Keimanan:

Bukti-bukti kekuasaan Allah dan nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan-Nya; Allah menciptakan para malaikat menurut bentuk yang dikehendaki-Nya; bukti-bukti atas kebenaran adanya hari berbangkit.

2. Dan lain-lain:

Kesenangan hidup di dunia adalah sementara; menguatkan hati Rasulullah s.a.w. dalam menyeru orang-orang kafir dengan mengingatkannya kepada Rasul-rasul yang terdahulu dan orang- orang yang mendustakannya; seruan kepada manusia supaya mengerjakan amalan yang baik dan meninggalkan pekerjaan yang buruk supaya jangan mengikuti langkah syaitan; tiap-tiap orang memikul dosanya sendiri; manusia adalah khalifah Allah dimuka bumi; gambaran akibat-akibat yang diterima oleh orang mukmin dan orang- orang kafir; tingkatan orang-orang mukm
Penutup
Kesimpulan surat Faathir ialah mengajak manusia mensyukuri nikmat yang diberikan Allah kepada manusia, menjauhi perbuatan yang jahat memikirkan tentang keindahan-keindahan semesta alam dan manusia adalah sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

HUBUNGAN SURAT FAATHIR DENGAN SURAT YAASIIN

1.Pada bagian akhir surat Faathir dikemukakan bahwa orang-orang musyrik bersumpah akan beriman apabila datang kepada mereka seorang pemberi peringatan (rasul), tetapi setelah datang kepada mereka rasul, mereka mengingkarinya. Pada permulaan surat Yaa Siin Allah menegaskan bahwa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Rasul yang selalu berada di jalan yang lurus untuk memberi peringatan kepada mereka, tetapi mereka tetap tidak beriman.
2.Pada surat Faathir disebut bahwa Allah menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar menurut waktunya yang tertentu, sedang pada surat Yaa Siin disebutkan bahwa matahari beredar pada garis edarnya yang telah ditetapkan Allah, dan bulan mempunyai garis-garis edar yang telah ditentukan pula.




Muqaddimah Surat Saba'

Surat Saba' terdiri atas 54 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Luqman. Dinamakan Saba' karena didalamnya terdapat kisah kaum Saba'. Saba' adalah nama suatu kabilah dari kabilah-kabilah Arab yang tinggal di daerah Yaman sekarang ini. Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama kerajaan Sabaiyyah, ibukotanya Ma'rib; telah dapat membangun suatu bendungan raksasa, yang bernama Bendungan Ma'rib, sehingga negeri meka subur dan makmur. Kemewahan dan kemakmuran ini menyebabkan kaum Saba' lupa dan ingkar kepada Allah yang telah melimpahkan nikmatnya kepada mereka, serta mereka mengingkari pula seruan para rasul. Karena keingkaran mereka ini, Allah menimpahkan kepada mereka azab berupa sailul 'arim (banjir yang besar) yang ditimbulkan oleh bobolnya bendungan Ma'rib. Setelah bendungan ma'rib bobol negeri Saba' menjadi kering dan kerajaan mereka hancur.
 
Pokok-pokok isinya :
 1. Keimanan:

Ilmu Allah meliputi segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi; kebenaran adanya hari berbangkit dan hari pembalasan; Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemberi peringatan; pada hari kiamat berhala-berhala itu tidak dapat memberi manfaat sedikitpun; kalau seorang sesat maka akibat kesesatannya itu menimpa dirinya sendiri, dan kalau ia menemui jalan yang benar adalah berkat petunjuk Allah.

2. Kisah-kisah:

Kisah Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s.; kisah kaum Saba'.

3. Dan lain-lain:

Celaan kepada kaum musyrikin yang menyembah berhala; tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin yang menyesatkan dengan pengikut-pengikut nya di hari kiamat; sikap orang-orang musyrik diwaktu mendengar Al Quran; rasul-rasul tidak meminta upah dalam melaksanakan dakwahnya; orang-orang musyrik mendoa kepada Allah agar dikembalikan ke dunia untuk melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah; orang-orang yang hidup berlebih-lebihan dan sewenang-wenang selalu memusuhi Nabi.

Penutup

Surat Saba' mengutarakan hal-hal yang berhubungan dengan kebangkitan di akhirat, celaan terhadap perbuatan-perbuatan dan kepercayaan orang musyrik dan berhala-berhala mereka yang tidak dapat memberi faedah kepada mereka; kemudian diselingi dengan kisah-kisah, seperti kisah Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s., dan kisah kaum Saba' yang hidup berlebih-lebihan sampai melupakan Tuhan; kemudian menemui kehancurannya. Semuanya ini adalah sebagai pelajaran bagi kaum mukmin dan sebagai penawar bagi Nabi Muhammad s.a.w. dalam menghadapi orang-orang kafir.


HUBUNGAN SURAT SABA' DENGAN SURAT FAATHIR

1. Sama-sama dimulai dengan puji-pujian kepada Allah Pemilik dan Pencipta semesta alam.

2. Surat Saba' menceritakan kehancuran orang musyrik akibat perbuatan mereka yang selalu memusuhi para nabi dan orang-orang mukmin; sedang surat Faathir; menyuruh agar orang-orang mukmin bersyukur dan memuji Allah atas nikmat-nikmat-Nya yang di antaranya kehancuran musuh-musuh mereka.

3. Dalam surat Saba' Allah menerangkan bahwa segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi adalah milik-Nya dan di bawah pengetahuan-Nya sedang surat Faathir menjelaskan bagaimana Allah menerangkan dan mengatur apa yang dimiliki-Nya itu.



Muqaddimah Surat Al Ahzab

Surat Al Ahzab terdiri atas 73 ayat, termasuk golongan surat-surat Madaniyah, diturunkan sesudah surat Ali'Imran. Dinamai Al Ahzab yang berarti golongan-golongan yang bersekutu karena dalam surat ini terdapat beberapa ayat, yaitu ayat 9 sampai dengan ayat 27 yang berhubungan dengan peperangan Al Ahzab, yaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi, kaum munafik dan orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin di Medinah. Mereka telah mengepung rapat orang- orang mukmin sehingga sebahagian dari mereka telah berputus asa dan menyangka bahwa mereka akan dihancurkan oleh musuh-musuh mereka itu. Ini adalah suatu ujian yang berat dari Allah untuk menguji sampai dimana teguhnya keimanan mereka. Akhirnya Allah mengirimkan bantuan berupa tentara yang tidak kelihatan dan angin topan, sehingga musuh-musuh itu menjadi kacau balau dan melarikan diri.

Pokok-pokok isinya:

1. Keimanan:

Cukuplah Allah saja sebagai Pelindung; taqdir Allah tidak dapat ditolak; Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh dan teladan yang baik; Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul dan nabi yang terakhir; hanya Allah saja yang mengetahui bila terjadinya kiamat.

2. Hukum-hukum:

Hukum zhihar; kedudukan anak angkat; dasar waris mewarisi dalam Islam ialah hubungan nasab (pertalian darah); tidak ada iddah bagi perempuan yang ditalak sebelum dicampuri; hukum-hukum khusus mengenai perkawinan Nabi dan kewajiban istri-istrinya; larangan menyakiti hati Nabi.

3. Kisah-kisah:

Perang Ahzab (Khandaq); kisah Zainab binti Jahsy dengan Zaid; memerangi Bani Quraizhah.

4. Dan lain-lain:Penyesalan orang-orang kafir di akhirat karena mereka mengingkari Allah dan Rasul-Nya; sifat-sifat orang munafik.

Penutup
Surat Al Ahzab mengemukakan: tingkah laku orang-orang munafik dan usaha- usaha mereka menyakiti Nabi Muhammad s.a.w., sebab-sebab perang Ahzab dan kesudahannya, tentang perkawinan Nabi dengan isteri-isterinya, sopan-santun di rumah Nabi; fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w., dan adab sopan santun menurut Islam yang semuanya itu diperlukan untuk membentuk masyarakat Islam yang baru berdiri di Medinah terutama sesudah perang Badar. Dari surat Al Ahzab ini dapat kita ambil kesimpulan bahwa kemenangan orang-orang mukmin terhadap musuh-musuhnya ialah karena persatuan kaum muslimin itu dan ketaatan mereka kepada pimpinan. Fitnah terhadap nabi Muhammad s.a.w. bagaimanapun pandainya musuh-musuh Islam melancarkannya, akhirnya terbongar juga.


HUBUNGAN SURAT AL AHZAB DENGAN SURAT SABA'


1. Pada akhir surat Al Ahzab disebutkan bahwa Allah bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sedang di awal surat Saba' disebutkan pula sifat yang demikian itu.

2. Pada surat Al Ahzab diceritakan bahwa orang-orang kafir menanyakan bila terjadinya hari kiamat dengan maksud memperolok-olokkan Nabi Muhammad s.a.w. sedang dalam surat Saba' diceritakan pula bahwa orang kafir itu menjadikan berita hari kiamat itu bukan saja sebagai olok-olokan bahkan dengan tegas mengingkarinya dan mencela orang-orang yang percaya kepada hari kiamat itu.