PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU

Monday

ITTAQULLAH BUKAN RUKUN KHUTBAH JUMAAT ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Luahan seorang khatib

Artikel ini ditulis sebagai jawapan saya terhadap kekeliruan yang ditimbulkan ketika saya menjadi khatib Jumaat di salah sebuah masjid di negeri Pulau Pinang. Kononnya rukun khutbah tidak sempurna tanpa mengucapkan lafaz ittaqullah dalam bahasa Arab.
………………………………………………………………………………

Memandangkan mereka yang mengkritik saya tidak langsung menggunakan hujjah daripada al-Qur’an mahupun As-Sunnah, sekadar bersandarkan kepada mazhab Asy-Syafi’e, maka penjelasan saya dalam artikel ini hanya menyentuh tentang pandangan sekitar mazhab Syafi’e sahaja tanpa mengambil kira kekuatan dalil. Mungkin pihak yang mengkritik saya tidak membaca nukilan ini, namun mudah-mudahan ia dapat membantu kita bersama dalam usaha untuk mencambahkan pengetahuan.

Saya akan menjawab tiga persoalan dalam artikel ringkas ini :

1)Adakah diwajibkan dalam mazhab Asy-Syafi’e untuk mengucapkan setiap rukun khutbah dalam bahasa Arab?

2)Adakah lafaz ittaqullah merupakan salah satu daripada rukun khutbah dalam mazhab asy-Syafi’e ataupun al-Wasiyyat bittaqwa (berpesan untuk bertaqwa kepada Allah)?

3)Adakah Al-Wasiyyatu bittaqwa ditentukan dengan lafaz ittaqullah sahaja ataupun lafaznya tidak ditentukan?

Persoalan utama yang perlu diberi perhatian dan menimbulkan kekeliruan adalah adakah kesemua rukun khutbah mesti diucapkan di dalam bahasa Arab ataupun boleh diucapkan dalam bahasa lain.

Persoalan ini dijawab oleh mufti al-Azhar Atiyyah Saqar ketika beliau diajukan persoalan berkenaan membaca khutbah dalam bahasa selain daripada bahasa Arab. Beliau menjawab :

Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa diharuskan khutbah dengan selain bahasa Arab sekalipun orang yang berkhutbah menguasai bahasa Arab, dalam keadaan sama ada jemaah merupakan orang Arab ataupun selain Arab.

Imam Ahmad pula mensyaratkan khutbah dalam bahasa Arab seandainya khatib menguasai bahasa Arab, sekiranya khatib lemah dalam bahasa Arab, maka hendaklah ia berkhutbah dengan bahasa lain sama ada di hadapan jemaah Arab ataupun bukan Arab. Tetapi Ayat al-Qur’an yang merupakan salah satu daripada rukun dalam kedua-dua khutbah tidak diharuskan dalam selain bahasa Arab. Jika tidak mampu hendaklah khatib menggantikan ayat al-Qur’an dengan apa sahaja zikir yang diketahuinya dalam bahasa Arab. Sekiranya dia tidak mampu juga, hendaklah dia diam seketika pada kadar membaca satu ayat al-Qur’an.



Imam asy-Syafie’ pula mensyaratkan supaya kesemua rukun khutbah mesti diucapkan dalam bahasa Arab sekiranya khatib mampu mempelajarinya. Sekiranya tidak mampu, maka dia boleh berkhutbah dengan selain daripada bahasa Arab. Hukum ini adalah seandainya jemaah terdiri daripada orang Arab. Tetapi sekiranya mereka tidak terdiri daripada orang Arab, tidak disyaratkan langsung untuk mengucapkan rukun khutbah dalam bahasa Arab meskipun khatib mampu mempelajarinya kecuali ayat Al-Qur’an hendaklah diucapkan dalam bahasa Arab. Sekiranya khatib tidak mampu, hendaklah dia menggantikan ayat al-Qur’an dengan mengucapkan apa sahaja zikir ataupun doa’ dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu juga, maka hendaklah dia diam sebentar pada kadar membaca satu ayat al-Qur’an. Adapun ayat al-Qur’an yang diterjemah ke dalam bahasa lain tidak dianggap menyempurnakan rukun khutbah. Adapun selain daripada rukun khutbah, tidaklah disyaratkan mengucapkannya dalam bahasa Arab.

No comments:

Post a Comment