PPIM

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim. " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembang sebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan alamat blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."Blog Created By AZHHAR/JEHA

CLICK BELOW TO SEARCH INFO N ILMU

Monday

MAZHAB MALIKI DAN ANJING

بسم الله الرحمن الرحيم







Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman


Ustaz ditanya tentang satu artikel yang tersiar, seorang perempuan yang berpurdah bermain dengan anjing dan menjadikannya sebagai teman serta menternaknya untuk mendapatkan keuntungan. Beliau mendakwa beramal dengan mazhan Maliki semenjak kecil lagi. Benarkah Mazhab Maliki membenarkan seseorang bermanja dengan anjing serta mengasihinya dengan memeluk, memandikan serta pelbagai lagi bentuk kasih sayang.






Perkara yang pertama perlu diketahui ialah perbezaan antara fatwa dan amalan yang menggambarkan sifat warak dan takwa. Fatwa ialah menerangkan sesuatu hukum berdasarkan dalil-dalil yang dipercayai, samada ianya haram, wajib, sunat, makruh dan harus. Sekiranya fatwa menyatakan hukumnya harus maka ianya bukanlah menandakan perkara itu terbaik untuk dilakukan. Bahkan kadangkala menyalahi perkara harus itu lebih utama daripada melakukannya. Sebagai contoh, aurat lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut.






Tetapi dari sudut amalan, kita tidak pernah melihat orang yang berjalan di bandar-bandar tanpa memakai baju ataupun pergi ke pejabat, mesyuarat dan majlis-majlis rasmi memakai seluar sahaja tanpa baju. Sedangkan hukumnya adalah harus. Namun meninggalkan hukum harus itu lebih baik daripada melakukannya, takut dikatakan gila, sewel atau kurang akal.






Demikian juga masalah anjing. Memang benar Imam Malik menyatakan anjing itu bersih tetapi haram melakukan jual beli. Bersih disisi Imam Malik bukan beerti dijadikan sebagai teman. Bahkan tiada ulamak dalam mazhab Maliki menyatakan sunat bertemankan anjing serta bermain-main dengannya. Imam Malik menganggap kebenaran penggunaan anjing hanyalah untuk menjaga binatang ternakan, memburu atau tujuan pertanian untuk menjaga kebun atau ladang. Sesiapa melihat perbahasan tentang anjing dalam mazhab Maliki pasti akan mengetahui batasan dan sempadan yang telah ditetapkan.






Satu kejahilan bila mengganggap hanya mazhab As-Syafie yang menyatakan anjing itu najis. Hakikat sebenar ialah, jumhur ulamak (kebanyakkan) menyatakan anjing itu najis sebagaimana yang disebut oleh As-Son'ani dalam kitab Subulus Salam jilid pertama. Perlu diketahui juga bahawa, dalam mazhab Malik sendiri ada yang menyatakan ianya najis.






Sebagai penutup bicara, perhatikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Nabi s.a.w melarang hasil daripada jual beli anjing, hasil daripada pelacur dan upah kepada tukang tilik. (Bukhori dan Muslim). Lihat bagaimana sama kejinya keuntungan yang diperolehi daripada jual beli anjing dengan keuntungan orang yang menjual maruah dirinya.






Ya Allah! Tambahkan ilmu kami. -tokkupasirgu

No comments:

Post a Comment