Terserlah Ke"pondan" nan JAIS bila berdepan dengan Janda Maut neh!
(foto) Datuk Mohammed Khusrin Munawi Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
Bagi orang biasa, bila dapat surat dari jabatan kerajaan untuk hadir, apa lagi jika membabitkan jabatan yang dibekalkan kuasa undang-undang, mereka sangat risau. Mereka takut untuk hadir, tapi akhirnya terpaksa juga hadir, kerana jika tak hadir mereka lebih takut lagi, takut dikenakan tindakan undang-undang kerana ketidak hadirannya itu.
Tapi sikap takut ini tidak ada dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 43. Walaupun sudah 3 kali dipanggil mengadap Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) bagi memberi keterangan berhubung insiden khalwatnya dengan seorang lelaki pada malam tahun baru, namun beliau masih tidak hadir mengadap JAIS. Sosilawati memberitahu mStar Online semalam tiada sebab untuknya hadir ke JAIS kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan disebabkan dia telahpun berkahwin dengan pasangannya itu di Songkhla, Thailand pada 25 November lalu.
Dia juga menyatakan tidak akan mendaftarkan perkahwinannya sampai bila-bila kerana jika perkahwinannya berakhir dengan penceraian, dia tidak perlu berhadapan dengan prosedur-prosedur tertentu yang ditetapkan oleh bahagian agama.
"Saya tidak akan daftarkan perkahwinan saya sampai bila-bila, lagi pun kalau nak bercerai agak susah kerana mesti mengikut prosedur yang tertentu," katanya kepada mStar.
Wah, hebatnya wanita bergelar Datuk ini. Kalau orang biasa sudah ketar lutut bila dipanggil oleh JAIS kerana kesalahan khalwat, dia buat selamba saja. Yang kebanyakan orang takut sangat dengan JAIS kerana mereka tahu JAIS adalah jabatan yang tidak takut dengan siapa-siapa. Dengan mantan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pun JAIS tak gentar, dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga mereka tak takut. Malah dengan Menteri Besar Selangor sendiri pun mereka nampak macam boleh buat main-main saja.
Tapi dengan janda Maut Sosilawati ini tiba-tiba JAIS jadi CUAK GILER !Tiga kali dipanggil tapi wanita itu masih tak hadir, dan JAIS seperti masih tidak boleh buat apa-apa. Mereka sedikit pun tidak rasa terhina diperlakukan begitu. Malah mereka juga tidak rasa terhina apabila Sosilawati memperkecilkan peraturan JAIS apabila berkata dia tidak akan daftarkan perkahwinannya sampai bila-bila, kerana jika bercerai dia perlu mengikut prosedur tertentu yang menyusahkan.
Mengapa JAIS kelihatan begitu berani bila berhadapan dengan Dr Mohd Asri tempoh hari dan dengan Khalid Samad baru-baru ini, tapi nampak begitu takut apabila berhadapan dengan Sosilawati? - pejuangpro-demokrasi
No comments:
Post a Comment